Siakap Keli
Blood Brothers Kutipan
Gambar: Syafiq Yusof

Blood Brothers: Bara Naga Cecah Kutipan RM62 Juta Dalam 20 Hari Tayangan

Blood Brothers: Bara Naga Cecah Kutipan RM62 Juta Dalam 20 Hari Tayangan

KUALA LUMPUR — Filem aksi Blood Brothers: Bara Naga  kini mencatat kutipan mencecah RM62 juta dalam tempoh 20 hari tayangan termasuk tayangan awal.

Menerusi hantaran bersama pengarah filem aksi itu, Syafiq Yusof, meluahkan rasa  syukur terhadap sambutan luar biasa oleh peminat tempatan mahupun luar negara seperti Singapura dan Brunei.

“Alhamdulillah” – Syafiq Yusof

“Syukur alhamdulillah. Terima Kasih Malaysia Singapura, Brunei,” tulisnya dalam hantaran itu.

Dalam klip itu turut memaparkan orang ramai memenuhi laluan pejalan kaki berhadapan skrin besar di Bukit Bintang, demi memberi sokongan terhadap filem tempatan itu.

https://www.instagram.com/p/DJEt-vvzpWW/?hl=en

Sebelum ini, filem aksi itu mencatatkan kutipan RM50 juta selepas 14 hari ditayangkan di pawagam.

Dalam hantaran GSC turut mengucapkan terima kasih atas sambutan luar biasa terhadap filem aksi arahan bersama Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra.

Cipta Fenomena

Terdahulu, filem aksi epik itu mencipta fenomena selepas berjaya meraih kutipan pecah panggung RM9.2 juta dalam tempoh dua hari tayangan termasuk pratonton di pawagam seluruh Malaysia.

Rekod ini menjadikan Blood Brothers: Bara Naga antara filem tempatan dengan capaian tayangan paling meluas dan menerima sambutan yang luar biasa.

Difahamkan, antara negeri yang mencatatkan jumlah tontonan tertinggi ialah Selangor, Johor, Kedah, Pahang dan Terengganu.

Pencapaian luar biasa ini bukan sahaja membuktikan sambutan hangat penonton terhadap karya tempatan yang berkualiti, malah menjadi bukti bahawa gabungan naskhah penuh aksi, emosi dan nilai persaudaraan masih mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Bukan sahaja menjadi perbualan hangat, ramai  yang memuji kualiti produksinya dan menyifatkan filem ini sebagai satu pencapaian yang menetapkan penanda aras baharu untuk filem aksi tempatan.

Untuk makluman, filem ini telah ditayangkan bermula pada 8 April dalam dua hari tayangan rasmi dan tayangan awal di  170 pawagam. 

Buat mereka yang belum menonton filem ini, jangan lepaskan peluang untuk Blood Brothers: Bara Naga, yang kini ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.

BACA: 1 Mei Penuh Makna, Ketahui Sejarah Di Sebalik Hari Pekerja

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.