Akhyar Rashid, Eyka Farhana Sah Bergelar Suami Isteri
Pelakon Eyka Farhana sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid dengan sekali lafaz sekitar jam 10.12.pagi Jumaat.
Pasangan itu mengadakan majlis akad nikah di Boathouse by The Lake, Ampang, Kuala Lumpur, disaksikan ahli keluarga terdekat dan kenalan rapat.
Difahamkan, Akyar memberikan mas kahwin berjumlah RM3,200 kepada Eyka atau nama penuhnya Wan Etiqa Farhana Wan Sarmizi.
Eyka tampil anggun mengenakan busana pengantin berwarna putih manakala pemain Terenggganu FC (TFC) itu mengenakan pakaian Melayu lengkap.
https://www.instagram.com/p/DJIwE0aS7yG/?hl=en&img_index=1
Sebelum ini, pasangan itu telah mengikat tali pertunangan pada 4 Ogos lalu selepas menjalinkan hubungan hampir lima tahun.
Walau bagaimanapun, tarikh dan lokasi bagi majlis resepsi masih belum didedahkan namun dijangka diadakan dalam waktu terdekat.
Sumber: Astro Gempak