Siakap Keli
kulit bawang putih
Kredit: Suhada Samsor

Banyak Kegunaan, Jangan Buang Sisa Kulit Bawang Putih 

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Banyak Kegunaan, Jangan Buang Sisa Kulit Bawang Putih 

Bagi anda yang selalu masuk dapur, sudah pasti anda tahu bawang putih sentiasa digunakan dalam hampir kebanyakan masakan tempatan. Ada yang ditumis terlebih dahulu, ada juga yang terus direbus. Malah, terdapat juga hidangan tempatan yang menyajikan barang putih jeruk sebagai hidangan sampingan.

Biarpun begitu, tidak ramai yang tahu selain bawang putih itu sendiri, kulitnya juga masih berguna untuk manusia. Bukan itu sahaja, rupa-rupanya sisa beberapa bahan masakan lain juga masih boleh diguna semula.

Tidak menganggap sisa-sisa ini sebagai sampah, seorang wanita yang dikenali sebagai Suhada Samsor berkongsi petua di laman Facebook tentang kegunaan kulit beberapa bahan masakan yang dikumpulnya. Ikuti perkongsian wanita berkenaan di bawah.

Bukan sampah, sisa bahan masakan ini boleh diguna semula

Ni orang anggap sampah. Tapi bagi saya harta yang tiada nilai. Kalau saya jumpa di mana-mana, saya kutip je. Apa saja sisa dari tumbuh-tumbuhan, ia ada nilai organik yang luar biasa.

Ni saya kutip dari seorang pengusaha makanan perempuan berpantang. Beliau jual bawang putih goreng. Kulit-kulit bawang putih yang nak dibuang, saya minta. Balik rumah, saya akan bakar. Terutama ketika remang-remang nak masuk senja. Hidupkan api, saya biar je.

Satu, bagus untuk halau nyamuk. Dua, hasil bakar tadi saya akan letak di perdu-perdu pokok untuk dibuat baja. Semut dan binatang kecil yang suka makan akar pokok tak berkenan. Sebab dia ada sensasi bau bawang putih yang kuat.

Segala kulit tumbuhan yang beliau nak buang, saya kutip. Kulit halia, kulit bawang ros, biji peria.

Alam kita ni kaya dengan bahan-bahan yang kita fikir layaknya menjadi sampah, tapi sebenarnya ia kaya dengan khasiat dan kegunaan. Bau asap kulit bawang putih ni, kalau boleh makan saya nak kunyah-kunyah kan dia. Sedap. Wangi. Harum. Lemak.

Sumber: Suhada Samsor

BACA: Tak Mahu Terleka, Ibu Kongsi Macam Mana Kawal “Screen Time” Anak

BACA: Ingat Kena Marah, Rupanya Pak “Guard” Nak Tahu Pasal Kamera Polaroid

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.