Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tiada Isu Rafizi Bercuti Lama – PM Anwar

Azizah Najib
tiada isu rafizi bercuti
Kredit: Mohd Asri Saifuddin Mamat/Bernama

Tiada Isu Rafizi Bercuti Lama – PM Anwar

BANTING, 2 Mei (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tiada isu berbangkit berhubung Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli yang dilaporkan sedang bercuti dalam suatu tempoh yang lama.

Menyifatkan permohonan cuti sebagai perkara biasa bagi seorang pekerja, Anwar berkata beliau juga sedang mencari masa sesuai untuk mengambil cuti.

“Beberapa hari sahaja cuti, bagilah… tak ada isu pun. Saya pun nak cari beberapa hari nak cuti,” kata beliau kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Saujana Putra, di sini.

Anwar berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan menyatakan Rafizi yang juga Timbalan Presiden PKR bercuti sehingga 31 Mei ini, kerana tidak berpuas hati terhadap perjalanan pemilihan parti itu.

Perdana Menteri turut membayangkan yang beliau mungkin ingin mengambil cuti selepas Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang dijadualkan berlangsung pada 26 dan 27 Mei.

“Saya pun belum ambil cuti, selepas sidang kemuncak ini boleh tak beri saya beberapa hari cuti,” kata beliau.

Sumber: Bernama

BACA: Malaysia Naik 19 Anak Tangga Ke Kedudukan Ke-88 Dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2025 – RSF

BACA: Anwar Terima Anugerah Order Of Independence Daripada Presiden Kosovo