Siakap Keli
amaran hujan lebat
Kredit: Bernama

Amaran Hujan Lebat Di 11 Negeri Petang Ini

Amaran Hujan Lebat Di 11 Negeri Petang Ini

Sebanyak 11 negeri diramal bakal dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan hujan lebat akan melanda seluruh negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu.

Selain itu, cuaca tersebut juga dijangka akan melanda Perak iaitu di daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Batang Padang.

Di Pahang pula, ia melibatkan daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh, Maran dan Bera. Manakala, hanya daerah Hulu Langat yang dilanda hujan di negeri Selangor.

Beralih ke Negeri Sembilan, daerah Jelebu, Seremban dan Jempol juga terlibat.

MetMalaysia juga berkata cuaca buruk akan melanda daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Bukit Mabong), Bintulu, Miri (Subis dan Telang Usan) dan Limbang di Sarawak.

“Di Sabah, daerah yang terlibat ialah Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan),” kata MetMalaysia.

Untuk pengetahuan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia 

BACA: Hujan Lebat Berterusan, Orang Awam Kongsi Situasi Di Sarawak

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.