Hujan Lebat Berterusan, Orang Awam Kongsi Situasi Di Sarawak
Hujan lebat yang berterusan sejak beberapa hari lalu telah menyebabkan banjir besar di Sarawak.
Keadaan ini memaksa ramai mangsa banjir dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Banyak video yang berkaitan dengan bencana banjir ini kini tular di media sosial.
Antaranya, beberapa pengguna Facebook menunjukkan keadaan banjir di kawasan Bintulu dan Miri, yang dilihat semakin buruk.
Dalam video yang dikongsikan, kawasan dilanda angin kencang dan hujan lebat berterusan menyebabkan paras air banjir meningkat.
https://www.facebook.com/sibupages/posts/pfbid02sxwpff566FfpT6rL1SP8RsjnjHZfeDpu2qt2zjqb8U2UKLFhm2PWpBs12T8asPD4l?rdid=fro7Sd9yd3IJHzci#
Selain itu, hujan lebat di kawasan perumahan telah menyebabkan paras air melimpah, mengakibatkan banjir.
Akibatnya, banyak kenderaan dan harta benda yang ditenggelami air dan hanyut dibawa arus.
Beberapa kenderaan juga dilihat terpaksa meredah air banjir yang mula menggenangi jalan utama.
https://www.facebook.com/watch/?v=944565317796641&rdid=J51lnm7qVws8jRMD
Amaran hujan berterusan tahap buruk di Sabah & Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di beberapa kawasan hingga 30 Januari.
Menurut kenyataan, amaran berkenaan dikeluarkan untuk beberapa kawasan di negeri Sarawak.
Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak seperti Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song), Bintulu (Tatau dan Bintulu) dan Miri (Subis dan Miri).
Manakala amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarkan di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak.
Di Sabah, hujan berterusan dijangka berlaku di Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat sehingga Rabu ini.
Beberapa kawasan di Sarawak termasuk Kapit (Kapit), Bintulu (Sebauh) dan Miri (Beluru dan Marudi) diramal hujan hingga Khamis.
Justeru, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
BACA: Pemilik Rumah Tak Mahu Pindah, Kini Kesal Selepas Lebuh Raya Hampir Siap