Siakap Keli
pendaki gunung rinjani
Kredit: Riezman Khuzaimi

Pendaki Terjatuh Di Laluan Gunung Rinjani Abang Ipar Riezman Khuzaimi

Pendaki Terjatuh Di Gunung Rinjani Abang Ipar Riezman Khuzaimi

Rennie Abdul Ghani yang dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh di laluan Toren, Gunung Rinjani di Pulau Lombok pada Sabtu merupakan abang ipar kepada pelakon, Riezman Khuzaimi.

Memetik laporan Gempak, Riezman mengesahkan perkara itu menerusi hantaran komen di Facebook Hiking And Recreation Around Malaysia (H.A.R.A.M).

“Subhanallah abang ku,” katanya menerusi komen itu.

Sementara itu, Riezman ketika dihubungi oleh Gempak berkata urusan membawa pulang jenazah Allahyarham ke tanah air sedang dilakukan oleh keluarganya.

“Kami tengah tunggu update bagaimana pengurusan untuk bawa balik jenazah,” katanya.

BACA: Lelaki Ditemui Mati Ketika Mendaki Bukit Bendera

Bagaimanapun, beliau meminta ruang untuk mengulas lebih lanjut berkaitan perkara itu.

Sementara itu, isteri Riezman, Datuk Azie Sheikh Mohd meluahkan rasa pilu atas pemergian abang kandungnya.

Menerusi kenyataan di Facebook, Azie berkata beliau sudah reda dengan ketentuan Ilahi walaupun ia adalah satu kehilangan yang besar buatnya.

“Hari ini hati saya luluh mendapat berita abang kandung yang baru saya temui enam bulan lepas, kini telah pergi buat selamanya dalam satu tragedi yang amat memilukan.

“Pertemuan, ajal dan maut itu kuasa Allah SWT, kami dilahirkan berlainan emak tapi satu bapa. Tidak pernah ditemukan sejak kecil, tapi Alhamdulillah Allah menemukan juga kami 10 adik-beradik kandung.

“Kami sedang merangkai ikatan sebagai adik beradik, tapi Allah lebih menyayanginya. Abang , terima kasih kerana hadir walau sekejap dalam hidup ini,” katanya.

Terdahulu, Bernama melaporkan seorang pendaki Malaysia terjatuh di gunung popular itu sekitar jam 12 tengah hari waktu tempatan.

Menurut laporan, Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas) Mataram, pasukan perubatan serta unit Pencarian dan Pertolongan (SAR) Lombok Timur berusaha melakukan operasi mencari dan menyelamat.

“Mangsa masih berada di lokasi kejadian dan sedang dibantu oleh ketua rombongan serta tiga anggota daripada pasukan pendakian,” kata Balai Taman Nasional Gunung Rinjani dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Mangsa memulakan pendakian melalui laluan Sembalun pada 1 Mei bersama 23 pendaki lain.

Sumber: Gempak, Bernama

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.