Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dua Gempa Bumi Gegar Taiwan

Hannah
dua gempa bumi Taiwan
Gambar: METMalaysia

Dua Gempa Bumi Gegar Taiwan

Dua siri gempa bumi sederhana telah dilaporkan berlaku di Taiwan pada lewat petang tadi, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

Gempa pertama berlaku pada 6.10 petang, direkodkan pada koordinat 23.9° Utara dan 121.9° Timur, dengan magnitud 5.2 pada skala Richter.

Pusat gempa bumi itu terletak 109 kilometer Timur dari Taichung, Taiwan, dengan kedalaman 12 kilometer.

Tidak lama selepas itu, gempa kedua berlaku pada 6.53 petang, direkodkan pada koordinat sama, dengan magnitud 5.6 pada skala Richter.

Pusat gempa bumi itu terletak 110 kilometer Timur dari Taichung, Taiwan, dengan kedalaman 11 kilometer.

Bagaimanapun, METMalaysia menjelaskan tiada ancaman tsunami yang dilaporkan kepada Malaysia setakat ini.

BACA: Dua Lebuh Raya Terpanjang Di Israel Ditutup

BACA: Kapsul Angkasa Era Soviet Dijangka Bakal Jatuh Ke Bumi

BACA: Siasatan Termasuk Dakwaan Pamela Ling Dilarikan Individu Menyamar Polis – KPN

Sumber: METMalaysia