Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Ini 8 Langkah Bijak Untuk Jana Pendapatan Pasif
Gambar AI
Tiada Kategori

Jana Pendapatan Pasif: 8 Langkah, Pelaburan Mudah Buat Duit

suhaila

Jana Pendapatan Pasif: 8 Langkah, Pelaburan Mudah Buat Duit

Di zaman serba moden dan serba pantas ini, keinginan untuk menjana pendapatan pasif telah menjadi impian utama bagi ramai individu, khususnya dalam golongan yang ingin mencapai kestabilan kewangan jangka panjang.

Pendapatan pasif merujuk kepada aliran wang yang diperoleh secara berterusan tanpa memerlukan usaha fizikal yang berpanjangan atau komitmen masa yang tinggi secara konsisten.

Ia berbeza sama sekali dengan pendapatan aktif, di mana seseorang perlu menukar masa dan tenaga untuk memperoleh ganjaran kewangan secara langsung. Contohnya seperti bekerja sepenuh masa atau berniaga secara fizikal.

Seperti yang kita tahu, keupayaan untuk jana pendapatan pasif dapat memberikan kelebihan dari segi fleksibiliti dan kebebasan kewangan.

Ia membolehkan seseorang menikmati hasil pendapatan walaupun sedang bercuti, berehat, atau fokus kepada perkara lain dalam hidup.

Dalam era digital yang serba canggih ini, dengan kewujudan platform atas talian, e-dagang, pelaburan automatik, serta ekonomi gig, semakin ramai rakyat Malaysia mula menyedari potensi besar pendapatan pasif dan mengambil langkah bijak untuk membina sumber kewangan alternatif secara konsisten.

Tidak kira sama ada anda seorang pekerja makan gaji, usahawan, pelajar mahupun suri rumah, terdapat pelbagai peluang mudah dan praktikal untuk menjana pendapatan pasif yang boleh disesuaikan mengikut minat, modal dan tahap komitmen masing-masing.

Artikel kali ini kami akan kongsikan 8 langkah bijak dan relevan yang boleh anda cuba untuk mula membina aliran dan jana pendapatan pasif pada masa kini.

1. Pelaburan saham dan unit amanah

Salah satu cara yang paling popular untuk menjana pendapatan pasif pada masa kini ialah melalui pelaburan dalam saham atau unit amanah.

Melalui pelaburan saham, anda boleh menikmati dividen tahunan dari syarikat yang stabil. Selain itu, unit amanah seperti ASB (Amanah Saham Bumiputera) dan Tabung Haji juga menawarkan pulangan yang menarik bagi pelabur yang lebih berhati-hati.

Dengan menggunakan platform seperti Bursa Malaysia, Rakuten Trade, atau MIDF Invest, anda boleh melabur dengan mudah.

Walaupun pelaburan ini memerlukan sedikit pengetahuan tentang pasaran kewangan, ia boleh menjadi sumber pendapatan yang menguntungkan dalam jangka masa panjang.

Bagi mereka yang baru bermula, unit amanah merupakan pilihan yang lebih mudah dan kurang berisiko.

2. Sewa hartanah

Selain itu, sewa hartanah merupakan salah satu cara klasik yang telah terbukti berkesan dalam menjana pendapatan pasif.

Dengan membeli rumah atau unit kondominium dan menyewakannya, anda boleh memperoleh pendapatan sewa bulanan yang stabil. Jika hartanah anda terletak di lokasi strategik, potensi pulangannya sangat menguntungkan.

Platform seperti Mudah.my, iBilik, dan Airbnb memudahkan anda untuk mencari penyewa tanpa perlu keluar rumah.

Sistem ini membolehkan anda memanfaatkan hartanah kosong yang dimiliki untuk menjana pendapatan pasif tanpa perlu bekerja keras.

3. Menjual produk digital

Salah satu cara yang semakin popular dalam dunia digital hari ini adalah menjual produk digital. Anda boleh mencipta dan menjual e-book, kursus dalam talian, templat reka bentuk, atau nota pembelajaran.

Keistimewaan produk digital adalah sekali ia dihasilkan, anda boleh menjualnya berulang kali tanpa perlu pengeluaran atau kos tambahan.

Dengan menggunakan platform seperti Shopee, Lazada, Teachable, atau Tiktok, anda dapat memasarkan produk anda kepada audiens global.

Ini adalah peluang yang sangat baik untuk menjana pendapatan pasif, terutamanya bagi mereka yang mempunyai kemahiran tertentu yang ingin dikongsi dengan orang lain.

4. Affiliate marketing

Di samping itu juga, Affiliate Marketing merupakan cara yang sangat menarik untuk menjana pendapatan pasif pada masa kini.

Dengan menjadi affliate marketer, anda akan mempromosikan produk orang lain dan menerima komisen setiap kali ada jualan yang dihasilkan melalui pautan afiliasi anda.

Ini adalah cara yang mudah untuk mendapatkan pendapatan tanpa perlu menyimpan stok atau menguruskan perkhidmatan pelanggan.

Anda boleh menyertai program afiliasi daripada platform seperti Shopee Affiliate, Involve Asia, Tiktok atau Klikjer.

Untuk individu yang aktif di media sosial, blog atau YouTube, ini adalah peluang besar untuk mengaut keuntungan dengan mempromosikan produk yang relevan dengan audiens anda.

BACA : Tanda-Tanda Serangan Jantung Yang Perlu Anda Tahu, Jangan Abaikan

5. Simpanan dan pelaburan emas

Antara lain, simpanan dan pelaburan emas merupakan salah satu idea bijak untuk anda menjana pendapatan pasif. Emas adalah aset berharga yang sentiasa meningkat nilainya dari semasa ke semasa.

Melabur dalam emas melalui platform seperti Public Gold, HelloGold, atau Maybank Islamic Gold Account adalah pilihan yang bijak.

Emas adalah simpanan yang bukan sahaja memberi pulangan dalam jangka panjang, tetapi juga bertindak sebagai pelindung terhadap inflasi.

Anda boleh membeli emas dalam bentuk gold bar, duit syiling, atau akaun emas digital dan menyimpannya sebagai pelaburan.

Dengan harga emas yang biasanya meningkat, anda boleh menjualnya semula pada masa depan untuk keuntungan.

6. Membangunkan Blog atau saluran YouTube

Sekiranya anda seorang yang gemar menulis atau berkongsi ilmu, memulakan blog atau saluran YouTube adalah pilihan yang sangat baik.

Dengan menghasilkan kandungan berkualiti, anda boleh menarik pengunjung yang banyak, dan menjana pendapatan melalui Google AdSense atau program iklan lain.

Pendapatan yang diperoleh daripada iklan akan datang secara berterusan selagi kandungan anda ditonton.

Walaupun ia memerlukan usaha pada permulaan, tetapi selepas anda membina pengikut setia, ia akan memberikan pendapatan pasif yang stabil.

7. Dropshipping

Selain itu, anda juga boleh memilih untuk menjadi ejen dropshipping. Dropshipping ini adalah satu bentuk perniagaan di mana anda menjual produk tanpa perlu menyimpan stok.

Anda hanya perlu bekerjasama dengan pembekal yang akan menguruskan penghantaran produk kepada pelanggan.

Semua yang anda perlu lakukan adalah mempromosikan produk tersebut di platform seperti Shopee, Lazada, atau TikTok Shop.

Dengan menggunakan sistem automatik, anda boleh menubuhkan perniagaan dropshipping yang beroperasi sepenuhnya tanpa perlu berkerja keras setiap hari.

Ini menjadikannya salah satu cara yang paling praktikal untuk menjana pendapatan pasif dalam talian.

8. Robo-Advisor

Jika anda tidak mempunyai pengetahuan pelaburan yang mendalam, robo-advisor adalah pilihan yang baik.

Wahed Invest, StashAway, dan BEST Invest adalah beberapa platform yang menawarkan perkhidmatan ini.

Melalui sistem ini, pelabur akan diminta untuk mengisi profil risiko mereka, dan robo-advisor akan menguruskan pelaburan mereka dengan secara automatik mengikut strategi yang sesuai.

Pelaburan ini adalah sangat mudah dan memberikan pulangan yang stabil untuk jangka masa panjang.

Selain itu, ia juga sesuai untuk mereka yang sibuk atau tidak mempunyai masa untuk memantau pasaran secara aktif kerana semuanya diurus secara automatik oleh algoritma pintar.

Kesimpulannya, mahu jana pendapatan pasif perlukan strategi yang berkesan

Menjana pendapatan pasif bukan lagi impian yang jauh. Dengan menggunakan pelbagai platform dan peluang yang ada, anda boleh mula menjana pendapatan tambahan yang tidak memerlukan komitmen masa yang besar.

Sama ada melalui pelaburan, menyewakan hartanah, menjual produk digital, atau menggunakan sistem yang automatik, terdapat banyak cara untuk mengubah kewangan anda secara berkesan.

Pilihlah cara yang paling sesuai dengan kemampuan dan minat anda, dan mulakan perjalanan menuju kebebasan kewangan hari ini.

Sumber : wixblog, shopify

BACA : 5 Kemahiran Wajib Dimiliki Pekerja Pada Tahun 2025