Siakap Keli
salah faham tentatif
Kredit: Efan Hamza

Ramai Salah Faham, Rupanya Ini Maksud Sebenar Tentatif

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ramai Salah Faham, Rupanya Ini Maksud Sebenar Tentatif

Dalam kehidupan seharian, sebagai individu yang bermasyarakat, sudah tentu kita tidak dapat lari daripada menyertai acara atau majlis. Tidak kira sama ada di peringkat sekolah, institusi pengajian dan kejiranan, pelbagai majlis dan acara diadakan bagi membolehkan ahli komuniti berinteraksi dan merapatkan silaturahim.

Bagi memastikan ahli komuniti peka dengan perjalanan majlis, perkara asas yang perlu dimaklumkan oleh pihak penganjur merupakan atur cara majlis. Tanpa kita sedari, terdapat satu kesilapan penggunaan istilah yang sekian lama menular, iaitu penggunaan perkataan ‘tentatif’.

Seorang pengguna TikTok, Efan Hamza berkongsi maksud sebenar perkataan tentatif yang sering kita guna bagi menggambarkan perjalanan sesuatu majlis. Rupa-rupanya, selama ini ramai antara kita yang salah faham berkenaan penggunaan perkataan tentatif dalam ayat.

“Kalau rujuk dekat dalam Pusat Rujukan Persuratan Melayu, memang ada dinyatakan oleh pakar leksikologi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bahawa tentatif itu maksudnya belum muktamad ataupun belum pasti atau masih boleh berubah-ubah,” ujarnya.

Menurut lelaki berkenaan, perkataan tentatif boleh digunakan untuk apa sahaja perkara yang tidak pasti dan sebenarnya merupakan kata adjektif.

“Kalau rujuk dalam bahasa asal iaitu Bahasa Inggeris, sama ada dalam Cambridge Dictionary ke, Oxford Dictionary ke, memang dah bagi tahu of a plan or idea not certain or agreed. Maksudnya masih ada ketidakpastian, masih belum dimuktamadkan, masih boleh berubah-ubah, masih boleh berlaku pertukaran pada bila-bila masa,” jelasnya lanjut.

Tambahnya, penggunaan tentatif pada hari ini disalah guna sehingga menjadikan ayat yang dituturkan tergantung.

“Boleh saya dapatkan belum dimuktamadkan (tentatif)? Boleh saya dapatkan belum dipastikan (tentatif)?”

@efanhamza

Dulu dah pernah tweet kesalahan penggunaan ‘tentatif’ ni tapi berlegar-legar di Twitter je la. Maka aku bawa versi video pula supaya kita betulkan yang biasa sebab yang biasa tu salah jauh dek.

♬ original sound – efan hamza – efan hamza

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian ini mendapat pelbagai reaksi warga maya. Biarpun ramai yang baru menyedari kegunaan sebenar perkataan ini, ada juga yang sempat berseloroh.

“Isi utama dia ‘boleh berubah’. Patut la setiap kali program, diorang bagi tentatif tak ikut. Janji kumpul pukul 7 pagi, nah 9 pagi baru sampai. Tulis makan tengah pukul 12, pukul 1 tengah hari tak habis berucap lagi,” ujar warga maya.

“Kalau dah dalam Malaysia, memang takkan muktamad la atur caranya,” seloroh seorang warga maya.

“Sebab tu kalau program diorang letak tentatif, sebab berubah-ubah,” usik seorang lagi.

Sumber: Efan Hamza

BACA: Menabung Tak Perlu Pergi Kaunter, Ini Cara Daftar Akaun THiJARI

BACA: Pelajar Kuat Main Mobile Legends Di Indonesia Bakal Dihantar Ke Kem Tentera

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.