Sofyank Bakal “Shoot” Video Bersama Tom Cruise Hari Ini
Pereka kandungan digital, Mohamad Sofian Abdullah atau lebih dikenali sebagai Sofyank sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila bakal berganding bahu dengan pelakon popular Hollywood, Tom Cruise hari ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh Sofyank dalam satu hantaran miliknya di Instagram, selepas selamat tiba di Jepun untuk projek bersama Tom.
“Bismillah …alhamdulillah selamat mendarat di Tokyo bersama dengan @mshaffuan.
“InsyaAllah esok (hari ini) kalau tiada halangan, saya akan shoot satu video kesan-kesan khas (VFX) bersama dengan Tom Cruise,” kongsinya.
Tambah Sofyank, dia mengakui sangat gementar menunggu waktu pelaksanaan video bersama pelakon itu.
“Buat masa sekarang, perasaan memang sangat ‘nervous’ menunggu detik untuk shooting esok. Walaupun dah buat persiapan awal-awal, tapi masih lagi risau untuk sesi esok.
“Dikesempatan ini, kalau tak keberatan saya nak minta dengan semua doakan proses shooting esok berjalan lancar. InsyaAllah saya akan keep update perjalanan kami di sini,” tulisnya dalam perkongsian itu.
https://www.instagram.com/p/DJRbk01SKzF/?img_index=1
Sebelum ini, lelaki itu menimbulkan tanda-tanya ramai selepas memuat naik video teaser terbaharunya di media sosial.
Dalam video berdurasi beberapa saat itu, memaparkan dia berdiri di hadapan wajah seorang lelaki misteri mirip Tom Cruise dengan tertera tulisan ” tiga tugasan”.
Segak Berbaju Melayu Di Kemuncak Dubai
Sebelum ini, Sofyank meluahkan rasa syukur setelah ikon terkenal itu menamatkan misinya di Dubai.
Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Sofyank difahamkan hadir ke sana bagi menyampaikan ucapan di 1 Billion Follower Summit. Bukan hanya dirinya, malah beberapa pempengaruh terkenal turut berada di sana termasuk Khairul Aming.
“Alhamdulillah. Selesai di Dubai. Selain daripada saya dan KA bagi ucapan kat Dubai, banyak benda yang jadi kat sini tanpa dirancang,” ucap Sofyank.
Ikon itu turut berkongsi kenangan berpeluang bertemu idolanya, Zachking.
“Hari pertama berpeluang untuk jumpa dengan Zachking, yang lagi seronok bila dapat buat penggambaran kandungan bersama dengan Zachking.
“Hari terakhir di Dubai pula dapat menikmati dan merasai suasana barbeku di gurun Dubai,” tambahnya.
Sumber: Sofyank