Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
tukar background tanpa skrin hijau
Kredit: X
Tiada Kategori

Sifu VFX, Sofyank Kongsi Cara Tukar “Background” Tanpa Skrin Hijau

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Sifu VFX, Sofyank Kongsi Cara Tukar “Background” Tanpa Skrin Hijau

Pencipta kandungan visual terkemuka negara, Sofyank adalah antara pencipta kandungan paling popular tanah air.

Kemahiran Sofyank atau Muhammad Sofian bin Abdullah, 28, menyunting kandungan yang dihasilkan ternyata membuka mata banyak pihak sehingga turut dikagumi oleh orang luar.

Misalnya, beberapa hari lepas beliau memuat naik satu video baharu yang turut menampilkan seorang lagi pencipta kandungan terkenal, Ryan Bakery.

Video berkenaan pantas menarik perhatian orang ramai kerana kualiti suntingan dan kesan khas yang sangat berkualiti tinggi.

Malah, ada juga yang menyamakan kualiti kesan khas yang dilakukan setaraf dengan kualiti kesan khas filem-filem terkemuka dunia.

Kongsi kemahiran sunting video tanpa skirn hijau

Dek kerana itu, ramai tertanya-tanya bagaimana beliau mampu menghasilkan video dengan kesan suntingan yang sangat luar biasa itu.

Salah seorang warga maya turut berkesempatan bertanya tentang perkara tersebut di platform X.

“Nak tanya bahagian background tu macam mana awak boleh buat tanpa guna green screen?

“Sebab edges bagi footage asal dengan yang diedit tu nampak smooth bila crop. Is this one of the new technology as well?” soal pengguna @Mexaze98.

Bagi menjawab persoalan tersebut, Sofyank hari ini berkongsi serba sedikit bagaimana proses suntingan tanpa skrin hijau yang dibuatnya.

Sofyank ajar pengguna X cara tukar background tanpa menggunakan skrin hijau

Sebelum menjawab persoalan tersebut, Sofyank terlebih dahulu menerangkan sebab mengapa latar belakang pada video asal diubah.

Menariknya, keputusan untuk menukar latar belakang itu merupakan satu keputusan yang dibuat pada saat-saat akhir.

Semasa selesai menyunting video, pencipta kandungan tersebut merasakan bahawa video tersebut tidak bersesuaian dengan konsep video Ryan sebelum ini.

“Selepas siap edit video, saya rasakan vibe nostalgia tak sampai sepenuhnya disebabkan video Ryan yang sebelum ni berlatar belakang vibe kampung.

“Jadi saya ambil keputusan untuk menangguhkan waktu hantaran dan ambil masa sedikit untuk tukar background ke vibe kampung,” katanya.

Justeru, dari saat itu maka bermulalah proses menukar background dalam video tersebut tanpa menggunakan skrin hijau.

Melihat sumber pencahayaan dalam video asal

Katanya, langkah pertama untuk menukar latar belakang adalah dengan mengenal pasti sumber pencahayaan dari video asal.

Memandangkan video asal Sofyank diambil ketika cuaca mendung, beliau perlu mengambil latar belakang suasana kampung dengan keadaan cuaca yang sama.

Menetapkan kedudukan kamera pada tetapan yang sama

Seterusnya, perakam video perlu memastikan tetapan kamera, saiz lensa dan ketinggian kamera adalah hampir sama dengan kedua-dua rakaman.

“Untuk video asal, saya menggunakan iPhone 15 pro dengan tetapan kamera Apple Pro Res LOG.

“Jadi untuk rekod video background, saya perlu pastikan setting yang sama digunakan,” katanya lagi.

tukar latar belakang tanpa skrin hijau
Kredit: X
Pastikan hasil footage yang diambil menyerupai video asal

Seterusnya, Sofyank berkata bahawa beliau perlu mendapatkan hasil latar belakang yang paling hampir dengan video asal.

“Contohnya pada video asal, kami berpijak di atas jalan tar, dan background kami adalah rumput dan pagar bewarna putih.

“Ini bukanlah suatu point yang wajib. Cumanya sekiranya kita dapat hasil yang hampir sama, ini akan memudahkan proses untuk blend in kan antara dua footage yang berbeza,” katanya lagi.

Proses menukar latar belakang tanpa skrin hijau iaitu Roto

Mengulas mengenai proses menukar background dalam video tanpa mengguna skrin hijau, proses tersebut dikenali sebagai roto.

Roto adalah adalah satu proses dimana penyunting akan melakukan “crop” objek yang dipilih daripada latar belakang video asal.

“Kadang-kadang proses roto sangat mudah dan bersifat terus-terang. Tetapi ada ketika proses roto akan makan masa yang lama disebabkan latar belakang yang terlalu banyak detail,” katanya lagi.

tukar latar belakang tanpa skrin hijau
Kredit: X
Letakkan layer roto di atas latar belakang yang baharu

Selepas roto siap, Sofynak memberitahu bahawa beliau akan meletakkan layer roto di atas latar belakang yang baharu.

Beliau juga cuba untuk mengubah kedudukan objek dengan latar belakang agar kelihatan selari.

Langkah terakhir adalah proses pembetulan warna atau ‘colour correction‘ yang mana penyunting akan mengubah warna video roto dengan warna video latar belakang agar kelihatan sama.

Menurut Sofyank, itulah proses-proses yang dilakukan oleh beliau dalam suntingan video itu.

Beliau berharap, melalui perkongsian tersebut dapat membantu para pembaca melakukan suntingan yang lebih baik.

BACA: Ibu Bapa Tak Puas Hati Anak Jadi ‘Content’ Guru, Minta Jaga Privasi Murid

Sumber: sofyank96 via X