Siakap Keli
Apakah itu SPS Madani 2025?
Gambar AI

SPS Madani 2025: Syarat, Kelayakan & Cara Mohon

SPS Madani 2025: Semak Syarat, Kelayakan & Cara Mohon

Kerajaan Malaysia menerusi Belanjawan 2025 sekali lagi menunjukkan komitmennya dalam menjaga kebajikan rakyat, terutamanya golongan pekerja sendiri (OBS).

Menerusi pelaksanaan inisiatif SPS Madani 3.0, kerajaan menawarkan perlindungan keselamatan sosial secara percuma selama setahun di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) yang diuruskan oleh PERKESO.

Apakah itu SPS Madani 2025?

SPS Madani 2025 ialah bantuan sepenuhnya (100%) yang menampung caruman tahunan untuk individu bekerja sendiri mengikut pelan tertentu.

Di bawah pelan ini, peserta akan menikmati perlindungan selama 12 bulan tanpa perlu mengeluarkan sebarang bayaran.

Inisiatif ini bertujuan memberikan jaminan keselamatan sosial kepada golongan yang tidak memiliki perlindungan pekerjaan tetap.

Siapa yang layak?

Untuk tahun 2025, SPS Madani 3.0 menyasarkan tiga kumpulan utama iaitu:

  • Anggota Sukarelawan – Merangkumi APM, ATM, PDRM, BOMBA, RELA, PBSM, SJAM dan petugas barisan hadapan seperti KKM.
  • Petugas Rumah Ibadat – Individu yang berkhidmat di masjid dan surau berdaftar dengan JAKIM atau pihak berkuasa negeri.
  • Penyelia & Petugas Komuniti – Termasuk sukarelawan JKM dan pekerja sektor awam di bawah kontrak perkhidmatan.

Senarai Manfaat Yang Diperoleh

Peserta yang layak akan mendapat pelbagai faedah perlindungan di bawah SKSPS, termasuk:

  • Rawatan perubatan di hospital kerajaan atau klinik panel PERKESO.
  • Faedah hilang upaya sementara dengan kadar bayaran harian sebanyak RM41.33 sehari iaitu 80% daripada RM1,550.00.
  • Faedah hilang upaya kekal bergantung kepada tahap kecacatan dan umur.
  • Faedah orang tanggungan yang membolehkan waris menerima bantuan bulanan jika berlaku kematian berkaitan kerja.
  • Elaun layanan sentiasa sebanyak RM500 sebulan untuk peserta yang memerlukan penjagaan rapi.
  • Faedah Pengurusan Mayat hingga RM3,000.
  • Pinjaman Pendidikan untuk anak peserta yang layak.
  • Kemudahan Pemulihan seperti alat bantuan dan latihan vokasional melalui Pusat REHAB PERKESO.

Syarat Kelayakan

Untuk memohon SPS Madani 2025, individu mestilah memenuhi syarat-syarat seprti berikut:

  • Warganegara Malaysia atau pemastautin tetap.
  • Bekerja secara sendiri, sama ada sepenuh masa atau separuh masa.
  • Termasuk dalam kumpulan sasaran seperti yang telah dinyatakan.
  • Belum pernah menyertai mana-mana program perlindungan di bawah inisiatif Belanjawan 2025.

BACA : Senarai Biasiswa Untuk Lepasan SPM 2024: Mohon Sekarang

Cara memohon

Permohonan boleh dibuat melalui agensi pengurusan yang berkaitan dengan pekerjaan masing-masing. Perlindungan akan bermula selepas PERKESO menerima senarai pemohon daripada agensi tersebut.

Dokumen yang diperlukan:

  • Salinan MyKad.
  • Surat pengesahan atau pelantikan rasmi daripada agensi bertanggungjawab.

Tarikh permohonan dan tempoh perlindungan

Permohonan bagi SPS Madani 2025 dibuka mulai 13 Mac hingga 31 Disember 2025. Perlindungan pula akan bermula 9 April 2025, tertakluk kepada peruntukan yang masih ada. Setelah peruntukan maksimum dicapai, penyertaan akan ditutup secara automatik. Namun begitu, peserta masih boleh membuat caruman sendiri secara normal selepas itu.

Cara semakan

Untuk mengetahui status permohonan atau caruman, peserta boleh:

  • Layari portal rasmi perkeso melalui pautan ini: prihatin.perkeso.gov.my
  • Kunjungi mana-mana daripada 54 pejabat PERKESO di seluruh negara.
  • Hubungi talian khidmat pelanggan PERKESO: 1300-22-8000.
  • Semakan pengesahan juga akan dihantar melalui e-mel bagi peserta yang berjaya.

SPS Madani 2025 adalah satu langkah proaktif kerajaan dalam melindungi pekerja tidak formal yang sebelum ini terdedah kepada risiko tanpa jaringan keselamatan sosial. Dengan pelbagai manfaat serta perlindungan menyeluruh, inisiatif ini wajar dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua golongan yang layak.

Semoga bermanfaat.

Sumber : PERKESO 

BACA : Bantuan Sihat Selangor 2025: Inisiatif Kesihatan Percuma Rawat Penyakit

suhaila

live your best life

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.