Siakap Keli
terKorban serangan india
Gambar: AFP

26 Terkorban Dalam Serangan Udara India

26 Terkorban Dalam Serangan Udara India

ISLAMABAD — Angka kematian akibat serangan udara India meningkat kepada 26 orang, lapor AFP.

Jurucakap tentera Pakistan, Mejar Jeneral Ahmed Sharif Chaudhry mengesahkan angka korban tersebut.

“Sehingga kini, seramai 26 orang awam telah terkorban dalam serangan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, AFP melaporkan seramai lapan orang disahkan maut selepas India melepaskan peluru berpandu ke arah wilayah Pakistan pada awal pagi Rabu.

Kerajaan India berkata mereka telah melakukan ‘serangan tepat di kem pengganas’ di sembilan kawasan di Kashmir yang ditadbir Pakistan.

Tentera India dalam satu video yang disiarkan di X pula berkata ‘keadilan telah ditegakkan’.

Serangan itu berlaku beberapa hari selepas India mendakwa Pakistan bertanggungjawab ke atas serangan maut di bahagian wilayah ditadbirnya.

Menteri Pertahanan Pakistan, Khawaja Muhammad Asif berkata lapan orang termasuk seorang kanak-kanak telah terbunuh dalam serangan itu.

“Tindakan balas sudah bermula. Kami tidak akan mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan masalah,” katanya kepada AFP.

Beliau juga menuduh Perdana Menteri India, Narendra Modi melancarkan serangan untuk menaikkan populariti dalam negaranya.

Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif pula menyifatkan serangan India sebagai tindakan pencerobohan keji yang tidak terlepas dari hukuman.

Dalam pada itu, India telah dijangka bertindak balas secara ketenteraan susulan serangan ke atas pelancong di Kashmir yang ditadbirnya pada 22 April. Mereka mendakwa serangan itu dilakukan oleh satu kumpulan yang berpangkalan di Pakistan.

Serangan di kawasan tumpuan pelancong, Pahalgam itu menyebabkan 26 orang terbunuh. Bagaimanapun, tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab.

Ia menyemarakkan api kemarahan kedua-dua negara dan mencetuskan siri perbalahan.

Pakistan menafikan dakwaan terbabit dan kedua-dua pihak telah berbalas tembakan setiap malam sejak 24 April di sepanjang Garisan Kawalan (LoC).

Selama beberapa hari, masyarakat antarabangsa telah menyeru agar Pakistan dan India berundur dari ambang perang.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkata beliau berharap pertempuran itu cepat berakhir.

Kedutaan India di Washington pula berkata Penasihat Keselamatan Negara New Delhi, Ajit Doval telah memberi taklimat kepada Setiausaha Negara AS, Marco Rubio selepas serangan itu.

“Saya memantau keadaan antara Pakistan dan India dengan teliti,” katanya

Sumber: AFP via Barron 

BACA JUGA: India Arah Warga Pakistan Tinggalkan Negara Sebelum 29 April

BACA: India Laksana Latihan Persediaan Serangan Berskala Besar Esok

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.