India Arah Warga Pakistan Tinggalkan Negara Sebelum 29 April
NEW DELHI — Kementerian Luar India mengumumkan bahawa semua warganegara Pakistan yang berada di India untuk meninggalkan negara itu selewat-lewatnya pada 29 April, susulan serangan di Pahalgam, lapor AFP.
“Berikutan serangan yang berlaku di Pahalgam, Kerajaan India telah memutuskan untuk menangguhkan perkhidmatan visa kepada warganegara Pakistan serta-merta.
“Semua warganegara Pakistan yang kini berada di India perlu meninggalkan negara ini sebelum tamat tempoh visa masing-masing, seperti yang telah dipinda,” menurut kenyataan rasmi.
Walau bagaimanapun, langkah ini tidak menjejaskan diplomat Pakistan di New Delhi meskipun bilangan mereka telah dikurangkan atas arahan India sebelum ini.
https://x.com/AFP/status/1915369391425732730
Sumber: AFP