Maybank Perjelas Isu Dua Kamera Di Mesin ATM
Maybank hari ini tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan di media sosial mengenai kehadiran dua kamera pada sesetengah mesin ATM milik mereka.
Dalam satu kenyataan rasmi, pihak bank memaklumkan bahawa mereka kini sedang melaksanakan proses penaiktarafan sistem pemantauan keselamatan di mesin-mesin ATM yang terlibat.
“Sepanjang tempoh ini, sesetengah mesin mungkin dipasang dua kamera secara sementara bagi memastikan pemantauan berterusan. Salah satu kamera tersebut akan dialihkan selepas proses naik taraf selesai,” jelas Maybank.
Pihak bank juga memberi jaminan bahawa semua kamera yang dipasang hanya digunakan untuk tujuan keselamatan dan pemantauan sahaja.
“Kamera tersebut dipasang untuk memantau aktiviti umum dan tidak bertujuan untuk merakam atau menyimpan sebarang maklumat peribadi mahupun data transaksi pelanggan,” tambah Maybank lagi.
BACA: Harga RON97, Diesel Di Semenanjung Turun 8 Sen
BACA: Ketegangan India-Pakistan Memuncak Susulan Serangan Terbaharu
BACA: Latihan Pestapora Malaysia Umum ‘Lineup’ Fasa Satu dengan Gabungan Artis dari Indonesia dan Malaysia
Sumber: Maybank