PSG Tamatkan Cabaran Arsenal, Mara Ke Final Liga Juara-Juara
PARIS — Paris Saint-Germain (PSG) mara ke final Liga Juara-Juara Eropah selepas menundukkan Arsenal 2-1 dalam aksi separuh akhir kedua di Parc des Princes awal pagi tadi dengan agregat 3-1, lapor AFP.
The Gunners bermula garang dengan beberapa siri serangan awal namun gagal diterjemahkan kepada gol, susulan ketangkasan penjaga gol tuan rumah Gianluigi Donnarumma
Sebaliknya tuan rumah pula mencetak gol pertama perlawanan menerusi Fabian Ruiz pada minit ke-27 untuk meletakkan PSG selesa dengan agregat 2-0.
PSG berpeluang menambah jaringan menerusi sepakan penalti pada minit ke-64 selepas bola terkena tangan Myles Lewis-Skelly, namun sepakan Vitinha berjaya diselamatkan penjaga gol Arsenal, David Raya
Bagaimanapun Achraf Hakimi memastikan malam penuh indah buat PSG apabila merembat masuk bola untuk gol kedua perlawanan.
Pelawat yang semakin terdesak untuk mendapatkan jaringan saguhati menerusi pemain sayap kanan, Bukayo Saka pada minit ke-76. Namun gol itu bagaimanapun sudah terlambat selepas PSG mengesahkan kemaraan ke pentas akhir.
Dalam pada itu, kapten PSG, Marquinhos, menyifatkan kejayaan ini sebagai hasil usaha keras seluruh pasukan.
“Kami telah bekerja keras sebagai satu kelab dan kami layak untuk berada di sini. Namun, tugas kami belum selesai. Kami mahukan trofi ini (UCL),” katanya.
Kemenangan pasukan dari Perancis itu menyaksi mereka bakal bertemu Inter Milan di perlawanan akhir di Munich pada 31 Mei.
Semalam, Inter Milan berjaya melakar kemenangan dramatik 4-3 ke atas Barcelona dalam aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara (UCL) di San Siro awal pagi tadi, sekali gus mara ke final dengan agregat 7-6.
Sumber: AFP via France24