Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Masjid Jamek Ar-Ridzuan
Gambar: BERNAMA

Tanah Masjid Jamek Ar-Ridzuan: Kutipan Dana Capai Sasaran, Urusan Jual Beli Segera Dilakukan – MAIPk

Hannah

Tanah Masjid Jamek Ar-Ridzuan: Kutipan Dana Capai Sasaran, Urusan Jual Beli Segera Dilakukan – MAIPk

IPOH, 8 Mei (Bernama) — Kutipan dana bagi membeli sebahagian tanah Masjid Jamek Ar-Ridzuan di Alor Pongsu, Bagan Serai bernilai RM1.8 juta telah mencapai sasaran dan urusan jual beli dengan pemilik akan segera dilakukan.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Tan Sri Mohd Annuar Zaini berkata setakat hari ini lebih RM2.1 juta berjaya dikumpulkan.

“Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah dimaklumkan perkara ini dan saya menasihatkan agar pengurusan Masjid Jamek Ar-Ridzuan segera melakukan urusan jual beli dengan pemilik tanah.

“MAIPk sedia menghulurkan bantuan termasuk menguruskan dokumentasi pembelian dengan pemilik tanah untuk diserahkan segera kepada pejabat tanah,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Isu tanah Masjid Jamek Ar-Ridzuan sebelum ini mencuri perhatian apabila tanah yang menempatkan rumah ibadat itu dimiliki individu bukan beragama Islam setelah ia dipercayai dijual.

BACA: Pakistan Dakwa Tembak Jatuh 25 Dron India

Sehubungan dengan itu, ia perlu ditebus segera bagi mengelak sebarang risiko pada masa akan datang dan pemilik bersetuju untuk menjual semula tanah terbabit.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad kemudian memaklumkan kerajaan negeri akan menggunakan wang kutipan derma solat Jumaat dari seluruh negeri bagi membeli semula tanah itu.

Sementara itu, Mohd Annuar berkata MAIPk menzahirkan penghargaan kepada semua penderma dari seluruh negara yang menyalurkan sumbangan terus kepada Masjid Jamek Ar-Ridzuan.

“Saranan menteri besar agar semua masjid dan surau diri Jumaat (SDJ) menyediakan tabung khas bagi kutipan telah mengajak umat Islam untuk menjalankan melakukan ibadah dan berwakaf.

“Tuduhan mengatakan mengapa kerajaan negeri tidak biaya sahaja, kerajaan negeri lemah kerana serahkan kepada rakyat menderma, ini kenyataan tidak bertanggungjawab kerana saya yakin andai ditakdirkan masjid tidak berjaya membuat kutipan, kerajaan negeri akan mengambil tanggungjawab itu,” katanya.

BACA: Struktur Haram Di Tanah Rizab Masjid Pekan Dengkil Dirobohkan

Mohd Annuar berkata beliau menyerahkan sepenuhnya keputusan kepada semua pengerusi masjid dan surau untuk menyerahkan sumbangan tabung khas melalui pekeliling yang dikeluarkan kepada Masjid Jamek Ar-Ridzuan memandangkan dana sudah mencukupi.

MAIPk dan JAIPk, katanya akan melaksanakan langkah nasihat pentadbiran bagi memastikan isu tanah wakaf Masjid Jamek Ar-Ridzuan tidak berulang.

“Kita mengambil pengajaran daripada kes itu dan berkemungkinan terdapat kes yang sama yang perlu disemak semula khususnya melibatkan tanah yang diwakafkan kepada masjid atau surau.

“Langkah ini bagi memastikan kesemua pengerusi masjid atau surau perlu menyemak semula status tanah masjid atau surau di semua daerah negeri ini,” katanya.

BACA: Sumbangan Beli Tanah Masjid Jamek Ar-Ridzuan Alor Pongsu Ditutup Secara Rasmi

Sumber: BERNAMA