Siakap Keli
Konflik India Pakistan AS
Gambar: AFP

Konflik India-Pakistan “Bukan Urusan Kami” – Naib Presiden AS

Konflik India-Pakistan “Bukan Urusan Kami” – Naib Presiden AS

WASHINGTON — Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), JD Vance, menegaskan bahawa Washington berharap agar ketegangan yang semakin meruncing antara India dan Pakistan dapat diredakan, namun menolak sebarang bentuk campur tangan langsung dalam konflik itu, lapor AFP

“Apa yang boleh kami lakukan hanyalah cuba menggalakkan mereka untuk meredakan ketegangan sedikit, tetapi kami tidak akan terlibat dalam peperangan yang pada dasarnya bukan urusan kami.

“Ia tiada kaitan dengan keupayaan Amerika untuk mengawalnya,” katanya dalam satu temu bual bersama Fox News.

Semalam, tentera Pakistan memaklumkan bahawa mereka telah menembak jatuh 25 dron milik India di seluruh negara pada hari Khamis.

Beberapa dron tersebut dilaporkan jatuh berhampiran kawasan ketenteraan sensitif.

“Angkatan Tentera Pakistan setakat ini telah menembak jatuh 25 dron Harop buatan Israel.

“Sisa runtuhan dron Harop buatan Israel sedang dikumpulkan dari pelbagai kawasan di seluruh Pakistan,” menurut kenyataan tersebut.

Sumber: AFP via Barrons

BACA: “Kelaparan Yang Tidak Pernah Dilihat Sebelum Ini” Cengkam Gaza, UNRWA Beri Amaran

BACA: Pakistan Dakwa Tembak Jatuh 25 Dron India

BACA: Struktur Haram Di Tanah Rizab Masjid Pekan Dengkil Dirobohkan

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.