ONE Lumpinee: Rifdean Masdor Tumbangkan Lawan Sepantas 47 Saat
Jaguh muay thai negara, Rifdean Masdor menumbangkan lawan dari Laos, Nongbia LaoLaneXang dalam masa 47 saat bagi kategori atomweight muay thai, lapor ONE Championship.
Pertarungan menerusi ONE Friday Fights 107 di Stadium Lumpinee, Bangkok itu hanya berlangsung bagi pusingan pertama sebelum beberapa siri tendangan Rifdean mengena tepat pada wajah pihak lawan.
Biarpun pihak lawan cuba memberi serangan balas, namun tumbukan padu tiga kali juara dunia bawah 23 tahun menghalang kebangkitannya.
https://x.com/ONEChampionship/status/1920836522426658937
Rifdean sebelum ini berikrar untuk memenangi perlawanan pada malam ini dan berharap untuk memenangi kontrak One Championship.
“Saya perlu menang di ONE untuk dapat kontrak,” katanya seperti yang dilaporkan Stadium Astro.
Sementara itu, seorang lagi petarung dari Malaysia, Adam Raqib juga berjaya mengikuti jejak langkah Rifdean.
https://x.com/ONEChampionship/status/1920852592566960590
Adam berjaya mendapatkan mata selepas berhempas pulas menentang Nahyan Mohammed dari Algeria menerusi 3 pusingan. Walaupun hampir tumbang di pusingan kedua, Adam tidak patah semangat dan terus bangkit berlawan di pusingan ketiga.
Perlawanan yang sengit itu akhirnya memihak kepada Adam menerusi split decision (keputusan tidak sebulat suara) oleh juri.
Sumber: ONE Championship
BACA: Thailand Catat Lebih 41,000 Kes Covid-19, Dijangka Akan Meningkat Pada Musim Hujan
BACA: Malaysia Perkukuh Peranan Global Dalam Keselamatan Infrastruktur Pasca-Bencana Di Myanmar