Siakap Keli
amaran ribut petir
Sumber: METMalaysia

Amaran Ribut Petir Di 9 Negeri, WP – METMalaysia

Amaran Ribut Petir Di 9 Negeri, WP – METMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan hingga 6 petang ini.

Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Selain itu, cuaca sama dijangka turut melanda keseluruhan negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya).

“Di Kelantan, daerah yang terlibat adalah Gua Musang, selain di Terengganu membabitkan daerah Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

“Di Pahang, daerah yang terlibat adalah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran dan Kuantan.

“Manakala di Johor, daerah yang terlibat adalah Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Sementara itu, Sarawak pula membabitkan daerah Kuching, Serian, Samarahan (Samarahan dan Simunjan), Sri Aman, Sarikei, Sibu, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau), Miri (Subis, Beluru dan Marudi) dan Limbang.

Di sisi lain, daerah yang terlibat di Sabah adalah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau, Sandakan (Tongod dan Kinabatangan) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas).

Orang ramai diminta waspada

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan untuk berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

BACA: Anak Gajah Jantan Mati Dilanggar Lori Kontena Di Gerik

BACA: Anak Mati Dilanggar, Ibu Gajah Setia Tak Berganjak

BACA: Bront Palarae Dinobatkan Pelakon Pembantu Terbaik Di Anugerah Thailand

Sumber: METMalaysia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.