Siakap Keli
gajah mati
Kredit: Orang awam

Anak Gajah Jantan Mati Dilanggar Lori Kontena Di Gerik

Anak Gajah Jantan Mati Dilanggar Lori Kontena Di Gerik

IPOH, 11 Mei (Bernama) — Seekor anak gajah jantan ditemukan mati akibat dilanggar sebuah lori kontena  di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli di sini, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak Yusoff Shariff berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian menimpa anak gajah berusia kira-kira lima tahun yang dianggarkan seberat 700 kilogram itu pada 3.30 pagi.

“… anggota PERHILITAN telah ke lokasi kejadian dan bangkai anak gajah yang mati itu, kita akan lupus (tanam),” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Terdahulu tular gambar dan video di media sosial seekor anak gajah yang dilanggar, terperosok di bawah sebuah lori kontena, dan seekor gajah dewasa dipercayai ibunya sedang cuba mengalihkan lori tersebut bagi menyelamatkan anaknya.

Yusoff berkata ibu gajah itu telah diselamatkan anggota Perhilitan dan akan dilepaskan semula habitat semula jadi yang sesuai dan selamat.

BACA: Pemilihan PKR: Rafizi Sedia Letak Jawatan Dalam Kabinet Jika Kalah

BACA: Gudang Simpanan Cat Terbakar Punca Asap Hitam Penuhi Ruang Udara

BACA: Pelancong Malaysia Maut Jatuh Dari Hotel Phuket

Sumber: BERNAMA

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.