Siakap Keli
Hari Guru 2025 Tarikh Sejarah
Gambar: Bernama

Hari Guru 2025: Tarikh, Sejarah & Sambutan Peringkat Kebangsaan

Hari Guru 2025: Tarikh, Sejarah & Sambutan Peringkat Kebangsaan

Sambutan Hari Guru merupakan satu acara tahunan yang amat dinanti-nantikan bukan sahaja oleh warga pendidik, tetapi juga oleh ibu bapa, pelajar dan seluruh masyarakat.

Ia merupakan simbol penghargaan dan pengiktirafan yang tulus kepada insan bergelar pendidik, yang saban hari berkorban masa dan tenaga demi mencorak masa depan anak bangsa.

Dalam arus pembangunan negara yang semakin pesat, peranan guru tidak pernah luntur malah semakin ditagih sebagai teras utama dalam melahirkan generasi masa depan yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

Bersempena dengan Hari Guru 2025, tema Guru Pemacu Reformasi Pendidikan telah dipilih bagi sambutan kali ini.

Tema ini sangat bertepatan dengan cabaran serta harapan besar yang digalas oleh para guru dalam sistem pendidikan negara hari ini

Sebelum bercerita lebih lanjut mengenai sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan, mari fahami sejarah disebalik sambutan ini.

Sejarah Sambutan Hari Guru

Tarikh 16 Mei ini bukan sekadar simbolik, malah mempunyai nilai sejarah yang mendalam.

Ini kerana pada hari yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu telah menerima cadangan-cadangan dalam Laporan Razak yang kemudiannya menjadi asas kepada Dasar Pelajaran Kebangsaan.

Atas dasar inilah, 16 Mei dipilih dan terus kekal menjadi tarikh rasmi bagi sambutan Hari Guru di seluruh negara sejak tahun 1972.

Sambutan Hari Guru 2025 Peringkat Kebangsaan

Bagi tahun 2025, sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan akan berlangsung di negeri Sarawak, dengan pelbagai acara dan program dirancang di sekitar Kuching.

Sambutan ini diadakan bermula seawal 14 Mei sehingga 16 Mei.

Majlis pelancaran rasmi akan diadakan pada 16 Mei 2025 bertempat di Borneo Convention Centre Kuching.

Tentatif Sambutan Hari Guru 2025

Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke-54 Tahun 2025 diadakan bermula 14 Mei hingga 16 Mei.

Berikut antara tentatif program;

14 Mei 2025 (Rabu)

1. Juh Kita Berekot Rami-rami Hari Guru dan Aktiviti Perahu Tambang

Aktiviti ini akan diadakan bertempat dari Padang Merdeka ke Dataran Ibu Pertiwi pada jam 6 hingga 8.30 pagi

2. Pameran Pendidikan Ceritera Guru

Aktiviti ini akan diadakan bertempat di Waterfront Kuching (Zon A & Zon C) bermula jam 9 pagi hingga 10 malam.

3. Pertandingan Akhir Pidato Bahasa Inggeris dan Pidato Bahasa Melayu

Aktiviti ini akan diadakan bertempat di Borneo Cultures Museum bermula jam 9 pagi hingga 1 tengah hari.

4. Forum Pendidikan

Aktiviti ini dilangsungkan di Waterfront Kuching (Zon B) bermula jam 9.30 pagi hingga 11.30 pagi.

5. Bicara Profesional KPPM

Aktiviti ini akan diadakan bertempat di Waterfront Kuching (Zon B) bermula jam 12 hingga 1 tengah hari.

6. Bacaan Yasin, Tahlil dan Forum Perdana

Majlis ini diadakan di Masjid India Bandar Kuching pada jam 3.30 petang hingga 7 malam.

7. Konsert

Bertempat di  Waterfront Kuching (Zon B) acara ini akan diadakan pada jam 8.30 malam hingga 10 malam

15 Mei 2025

1. Pertandingan Akhir Bahas Piala KPPM

Diadakan pada 8 pagi hingga 12 tengah hari di Hikmah Exchange Event Centre.

2. Pameran Pendidikan Ceritera Guru

Aktiviti ini akan diadakan bertempat di Waterfront Kuching (Zon A & Zon C) bermula jam 9 pagi hingga 9 malam.

3. Persembahan Buskers

Persembahan ini akan diadakan pada jam 9 hingga 11 pagi di Waterfront Kuching (Zon B).

4. Sesi Perkongsian Guru – 10 Guru Terbaik Dunia

Bertempat di Hikmah Exchange Event Centre, program ini dilangsungkan pada 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

5. Pocket Talk: Suruhanjaya Pertukaran Pendidikan Malaysia dan Amerika Syarikat (MACCE)

Acara ini akan diadakan pada jam 12 hingga 1 tengah hari di Waterfront Kuching (Zon B).

6. Majlis Anugerah Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali ke-54 Tahun 2025

Bermula pada jam 2 hingga 4 petang, acara ini majlis ini akan diadakan di Hikmah Exchange Event Centre.

7. Malam Kamek Sayang Cikgu: #terimakasihcikgu

Waterfront Kuching (Zon B) menjadi lokasi majlis ini bermula 8.30 malam hingga 10 malam.

16 Mei 2025

1. Majlis Perasmian Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali ke-54 Tahun 2025

Majlis ini akan dilangsungkan di Borneo Convention Centre Kuching bermula seawal 8 pagi hingga 10.30 pagi.

2. Pameran Pendidikan Ceritera Guru

Aktiviti ini akan diadakan bertempat di Waterfront Kuching (Zon A & Zon C) bermula jam 7 pagi hingga 10 malam.

Guru umpama lilin yang membakar diri demi menerangi orang lain, dalam membimbing dan melahirkan generasi masa depan yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga mempunyai sahsiah yang mulia, pemikiran kritis, dan jati diri yang kukuh.

Justeru, bersempena Hari Guru 2025 ini, marilah kita bersama-sama menghargai setiap usaha dan titik peluh pengorbanan guru yang selama ini menjadi tulang belakang kepada sistem pendidikan negara.

Selamat Hari Guru SK ucapkan buat semua warga yang bergelar pendidik!

BACA JUGA: Patutlah Sambut Hari Guru 16 Mei, Rupanya Terkait ‘Sejarah Besar’ 1956

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.