Siakap Keli
makelele kongsi sebab Galasticos
Gambar: AFP

Makelele Kongsi Sebab Kenapa Anggap “Galasticos 3.0” Sukar Direalisasikan Semula

Makelele Kongsi Sebab Kenapa Anggap “Galasticos 3.0” Sukar Direalisasikan Semula

KUALA LUMPUR — Bekas bintang tengah Real Madrid, Claude Makelele, mendedahkan bahawa usaha untuk mencipta semula era “Galacticos” kini dianggap mustahil, berikutan perubahan besar dalam landskap bola sepak moden.

Dalam temu bual eksklusif bersama SK, Makelele mengimbas kembali era kegemilangan “Los Galacticos” ketika dia beraksi bersama pemain-pemain legenda seperti Zinedine Zidane, Ronaldo Nazario, Luis Figo, Roberto Carlos dan Raul.

Menurutnya, era tersebut bukan sahaja unik tetapi sukar untuk diulangi semula dalam mana-mana pasukan moden, termasuk Real Madrid sendiri.

“Masa itu kami ada hampir 28 pemain hebat (bintang), semuanya bermain untuk pasukan kebangsaan, ada nama besar dan kepimpinan. Sukar nak bayangkan semua itu boleh berlaku lagi sekarang,” katanya.

Beliau turut menyifatkan pasukan itu sebagai inspirasi kepada konsep “Galactico”, yang asalnya pernah dilihat di AC Milan, namun diangkat ke satu tahap lebih tinggi oleh Real Madrid.

Bagaimanapun, Makelele menegaskan bahawa pendekatan untuk mengumpulkan kembali ramai bintang dalam satu pasukan kini tidak lagi relevan.

Setiap pemain ada ego tersendiri – Makelele

Beliau menyatakan bahawa ego dan keutamaan peribadi dalam kalangan pemain muda masa kini merupakan halangan utama dalam mengulang kembali kejayaan besar pada era awal 2000-an.

“Sekarang ni generasi muda ada banyak ego, dan kejayaan itu berbeza. Anda tak boleh lagi campur semua pemain terbaik bersama dan jangkakan hasil yang sama,” katanya lagi.

Bekas pemain kelahiran Kinshasa, Congo itu turut mengulas mengenai spekulasi konflik posisi antara Kylian Mbappe, Vinícius Junior dan Rodrygo yang dikatakan menjejaskan prestasi pasukan, namun menafikannnya. 

“Ini generasi berbeza. Zaman saya, semua fokus pada menang trofi. Kalau ada masalah sikap, rakan sepasukan seperti Ronaldo akan nasihat betapa pentingnya pasukan. Di Madrid, tiada siapa lebih besar dari kelab,” ujarnya.

Sementara itu, menjelang aksi El Classico malam ini, beliau mengakui Barcelona kini satu pasukan yang kuat namun tidak menolak Real Madrid mampu memberikan saingan dalam perlawanan itu.

Barcelona kini berada di tangga teratas liga dengan mengumpul 79 mata manakala pencabar terdekat Real Madrid mengumpul 75 mata, masing-masing dalam 34 perlawanan.

BACA JUGA: Manchester United Bawa Semua Pemain Utama Ke KL – Amorim

BACA JUGA: Tanpa Trofi Lagi, Masih Relevan Ke Arteta Bersama Arsenal?

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.