Siakap Keli

Tanpa Trofi Lagi, Masih Relevan Ke Arteta Bersama Arsenal?

Tanpa Trofi Lagi, Masih Relevan Ke Arteta Bersama Arsenal?

Selepas tewas dengan PSG pada separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL), maka sah Arsenal menempuh musim tanpa trofi sekali lagi.

Ini adalah tahun kelima mereka tidak memenangi apa-apa kejuaraan utama dan yang terakhir Piala FA 2020.

Arsenal musim ini mensasarkan menjuarai Liga Perdana Inggeris (PL) selepas dua musim berturut-turut ‘menjaga jodoh’ Man City.

Namun, tanpa disangka msuim ini Arsenal terpaksa akur sekali lagi menjaga ‘jodoh’ Liverpool pula.

Liverpool lebih konsisten musim ini berbanding Arsenal yang banyak melepaskan mata dengan keputusan 13 seri dan 4 kali tewas setakat ini.

Berapa Juta Lagi Arteta Mahu?

Ramai panel bola sepak meramalkan Arsenal sepatutnya menjadi juara musim ini dan tamatkan kemarau sejak 2004.

Tambahan pula, setakat ini Arsenal bersama Arteta sudah berbelanja sekitar £650 juta (RM3.7 bilion) setakat musim ini.

Berbanding Liverpool dengan jurulatih Arne Slot hanya berbelanja £35 juta (RM200 juta) setakat ini dengan pembelian Chiesa dan Mamardashvili.

Jika pelaburan menjadi penghalang, berapa ratus juta lagi Arteta perlukan untuk mendakap kejuaraan PL atau UCL?

tanpa trofi arteta

Krisis Kecederaan Pemain Utama

Dalam musim ini, Arsenal beberapa kali kehilangan pemain utama mereka akibat kecederaan.

Antara pemain yang hilang dan beri impak besar kepada serangan Arsenal adalah Bukayo Saka.

Saka mengalami kecederaan Hamstring bermula dari Disember 2024 dan kembali bermain pada 1 April 2025.

tanpa trofi arteta

Ini menyaksikan Arsenal kehilangan tonggak penting mereka sekitar 3 bulan.

Ditambah pula kecederaan yang melanda Gabriel Jesus dan Kai Havertz pada tempoh Saka cedera.

mungkin krisis kecederaan boleh dijakan alasan Arsenal gagal menjuarai sebarang trofi lagi musim ini.

Asas Dah Kuat

Tidak dinafikan sejak Arteta mengemudi Arsenal, banyak perubahan dari gaya permainan dan taktikal.

Arteta telah membina foundation yang kukuh dengan pasukan The Gunners setakat ini.

Dari gaya permainan tanpa hala tuju, kini Arsenal bermain dengan lebih tersusun dan lebih taktikal.

Bukanlah asas ini tidak penting tapi akhirnya pengurusan dan penyokong bakal mempersoalkan apa hasilnya dari pelaburan ini.

Ini sudah memasuki tahun keenam Arteta bersama Arsenal dan hanya menjuarai Piala FA sahaja sangat tidak memadai.

Ia akan jadi memadai jika Arsenal tidak berbelanja sehingga £650 juta.

Tanpa Trofi, Arteta Patut Dipecat?

Jika membaca komentar dari penyokong Arsenal, masih ramai lagi yang percaya dengan Arteta dan mahukan dia kekal.

Tapi masih berbaloi ke untuk memberi Arteta peluang semusim lagi?

Adakah Arteta boleh menjanjikan sebarang kejuaraan pada musim hadapan?

Jika masih berlaku krisis kecederaan, apa back-up plan Arteta untuk hadapi masalah ini?

Adakah Arteta tunggu pemain cedera dulu atau mencegah dari kecederaan?

Jika kita pandang Liverpool pada musim ini, pemain mereka kurang mengalami kecederaan yang teruk.

Hal ini kerana, Liverpool mengamalkan latihan yang lebih ringan tapi dalam tempoh yang panjang sehari.

Berbanding zaman Klopp, latihan lebih keras tapi dalam tempoh yang pendek.

Dengan cara itu mengurangkan beban Liverpool dengan masalah kecederaan dan memenangkan mereka trofi PL musim ini.

BACA JUGA!

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.