Siakap Keli
manchester united pemain kl
Gambar: AFP

Manchester United Bawa Semua Pemain Utama Ke KL – Amorim

Manchester United Bawa Semua Pemain Utama Ke KL – Amorim

Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United bakal membawa semua tonggak pemainnya termasuk pemain muda ke Kuala Lumpur dalam siri jelajah pasca musim di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 28 Mei nanti.

Perkara itu disahkan oleh ketua jurulatih kelab, Ruben Amorim dalam sidang media menjelang aksi Liga Perdana menentang West Ham.

Perkhabaran ini sudah tentunya mengukir senyuman buat para peminat bola sepak tanah air, terutamanya peminat The Red Devils.

Tambah Amorim, kehadiran penuh skuad bukan semata-mata atas tuntutan komersial, sebaliknya menjadi lambang penghargaan terhadap peminat setia yang tidak pernah berhenti menyokong kelab itu.

“Kami tidak boleh berdiam diri selepas musim yang suram seperti ini. Kami perlu bantu kelab. Ini adalah peluang untuk kami berinteraksi dengan penyokong global, terutama selepas kami mengecewakan mereka.

“Sekurang-kurangnya, ini perkara yang boleh kami lakukan. Kami akan membawa semua pemain termasuk pemain muda dan juga staf kejurulatihan. Kami telah mengalami banyak perubahan dalam kakitangan, jadi kami cuba membina sesuatu sebagai sebuah keluarga. Saya rasa itu juga satu perkara yang baik,” katanya.

Untuk makluman, Manchester United bakal bermain dalam dua perlawanan menentang menentang ASEAN All Stars di Kuala Lumpur pada 28 Mei dan pasukan dari Hong Kong, China pada 30 Mei.

Sumber: Manchester United

BACA: Manchester United Bakal ‘Terbang’ Ke Malaysia

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.