Manchester United Bakal ‘Terbang’ Ke Malaysia
Media sukan United Kingdom, Stretford Paddock, mencuri perhatian apabila berkongsi berita menarik menerusi laman rasmi X, malam tadi.
Menurut laporan tersebut, Manchester United merancang untuk mengadakan jelajah pascamusim di Asia sebaik sahaja Liga Perdana Inggeris (EPL) berakhir pada Mei nanti.
Pasukan yang digelar “The Red Devils” itu juga dijangka mengadakan dua perlawanan persahabatan, masing-masing di Malaysia dan Hong Kong.
“Manchester United dijadualkan bermain dua perlawanan pascamusim di Malaysia dan Hong Kong sebaik sahaja Liga Perdana Inggeris berakhir pada Mei nanti,” tulis Stretford Paddock di laman X.
https://x.com/StretfordPaddck/status/1894707552077713499
Lebih menarik, media tersebut turut menyertakan gambar Stadium Sultan Ibrahim (SSI), yang merupakan markas Johor Darul Ta’zim (JDT), dalam kiriman mereka.
Ini secara tidak langsung mencetuskan spekulasi mengenai lokasi perlawanan dan pasukan Malaysia yang bakal berentap dengan pasukan gergasi EPL itu.
BACA: FA ‘Gantung’ Pengurus Liverpool Dua Perlawanan
BACA: Manchester United Hadapi Perubahan Besar Sebagai “Langkah Penjimatan”
BACA: Arif Aiman ‘Hampir’ Setanding Cristiano Ronaldo
Sumber: X @StretfordPaddock