Media Negara Jiran Akui Tidak Mampu Kalahkan Malaysia
Media negara jiran mengakui bahawa nilai mata wang negara itu semakin lemah dan tidak lagi mampu bersaing dengan banyak mata wang serantau.
CNBC Indonesia melaporkan mata wang Indonesia, rupiah, terus mencatat penyusutan ketara berbanding beberapa mata wang utama di Asia termasuk ringgit Malaysia.
Menurutnya, kejatuhan ini berlaku akibat tekanan geopolitik dan dasar perdagangan baharu Amerika Syarikat (AS) di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump.
Berdasarkan data Refinitiv dari 1 April hingga 6 Mei 2025, rupiah mengalami penyusutan sebanyak 5.78 peratus berbanding dengan won Korea Selatan.
Selain itu, ia juga kehilangan nilai sebanyak 4.53 peratus berbanding ringgit Malaysia dan 4.44 peratus berbanding baht Thailand.
Manakala, jika dibandingkan dengan dolar Amerika Syarikat (AS), mata wang rupiah jatuh sebanyak 0.67 peratus dalam tempoh 2 April hingga 6 Mei 2025, lapor CNBC Indonesia.
Dasar import Trump tambah tekanan terhadap rupiah
Tambahannya, kemerosotan nilai rupiah ini turut dipengaruhi oleh pengumuman mengejutkan Presiden Trump baru-baru ini.
Umum diketahui, beliau memperkenalkan dasar tarif import baharu dengan tarif asas sebanyak 10 peratus dikenakan ke atas semua negara.
Lebih memburukkan keadaan, beberapa negara, termasuk Indonesia, turut dikenakan tarif tambahan khas. Indonesia menerima tarif balas sebanyak 32 peratus yang akan berkuat kuasa pada 9 April 2025.
Difahamkan, langkah ini diambil sebagai reaksi terhadap dakwaan amalan perdagangan tidak adil oleh beberapa negara.
BACA: Pemandu Pacuan Empat Roda Direman Dua Hari Langgar Lari Pasangan Naik Motosikal
BACA: Anak Gajah Jantan Mati Dilanggar Lori Kontena Di Gerik
BACA: Anak Mati Dilanggar, Ibu Gajah Setia Tak Berganjak
Sumber: CNBC Indonesia