Siakap Keli
sepak takraw piala asia
Kredit: Bernama

Sepak Takraw Piala Asia: Misi Balas Dendam Malaysia, Jumpa Thailand Di Final

Sepak Takraw Piala Asia: Misi Balas Dendam Malaysia, Jumpa Thailand Di Final

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) — Skuad sepak takraw kebangsaan menepati ramalan mengesahkan kemaraan ke final selepas menundukkan India 2-0 dalam acara double pada Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025 hari ini.

Duo mantap negara, Muhammad Noraizat Mohd Nordin dan Aidil Aiman Azwawi seperti dijangka tidak mengalami kesukaran untuk melunturkan semangat pemain India, Yumnam Akash dan Sorokhaibam Malemnganba Singh dengan meraih mata pertama 15-12 di Stadium Titiwangsa di sini.

Set kedua, Malaysia membawa momentum positif tersebut untuk memutlakkan kemenangan 15-12.

Kemenangan tersebut sekali gus menyalakan misi balas dendam ke atas seteru utama Thailand di final malam ini, selepas pertemuan di peringkat kumpulan pada Sabtu lepas berakhir dengan kekalahan.

BACA: Malaysia Juara Berganda Piala Dunia Sepak Takraw 2024, Berjaya ‘Libas’ Thailand

Terdahulu, negara Gajah Putih itu turut mengesahkan slot ke final apabila menundukkan Indonesia, 17-16, 17-15.

Pemain apit kiri negara, Aidil Aiman berkata tumpuan mereka kini untuk melunas dendam kekalahan kepada Thailand.

“Syukur Alhamdulillah kemenangan sebentar tadi ke atas India 2-0. Untuk malam ini yang pasti saya dan rakan sepasukan akan cuba untuk buat terbaik dan menang ke atas mereka (Thailand),” katanya ditemui selepas perlawanan.

Sumber: BERNAMA

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.