Siakap Keli
lori bawa muatan tar
Kredit: Bomba Pulau Pinang Via Bernama

Lori Bawa Muatan Tar Terbalik Di Selekoh Berbukit, Pemandu Maut

Lori Bawa Muatan Tar Terbalik Di Selekoh Berbukit, Pemandu Maut

BALIK PULAU, 13 Mei (Bernama) — Sebuah lori membawa muatan tar terbabas sebelum terbalik berhampiran dengan selekoh di Jalan Tun Sardon, Kampung Pondok Upih berhampiran JTS Viewing Point di sini, malam tadi.

Dalam kejadian itu pemandu lori berkenaan, seorang lelaki berusia 44 tahun meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas tersepit pada ruangan kabin di belakang tempat duduk pemandu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya, menerima panggilan kecemasan pada 10.22 malam dan menggerakkan sebuah jentera bersama sembilan anggota ke lokasi kejadian.

BACA: Lori Tangki Terbalik & Meletup, Puluhan Kenderaan Terbakar

“Kemalangan melibatkan sebuah lori membawa muatan tar telah terbabas di selekoh bahu jalan kawasan berbukit dan terbalik, mengakibatkan mangsa tercampak dan tersepit di bahagian ruangan kabin lori di belakang tempat pemandu.

“Operasi mengambil masa lebih dua jam bagi pihak bomba melakukan kerja penstabilan kenderaan, sebelum mangsa yang tersepit dapat dikeluarkan pada 12.48 tengah malam menggunakan peralatan khas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada 1.35 pagi.

Sumber: BERNAMA

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.