Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Nahas Trak FRU anak
Gambar: Bernama

Nahas Trak FRU: Anak Istimewa Kehilangan Tempat Mengadu Kasih

Iqbal Yasir

Nahas Trak FRU: Anak Istimewa Kehilangan Tempat Mengadu Kasih

TELUK INTAN, 13 Mei (Bernama) — Kemalangan jalan raya yang meragut nyawa Sarjan Mohd Roslan Abd Rahim di Jalan Chikus-Sungai Lampam di sini pagi tadi, bukan sahaja satu kehilangan besar kepada pasukannya, malah turut memadamkan sinar kebahagiaan tiga anaknya, khususnya anak sulungnya yang menghidap sindrom Down.

Kakak ipar Allahyarham yang enggan dikenali berkata Mohd Roslan merupakan seorang bapa penyayang dan sangat rapat dengan anak sulungnya, Muhd Raqin Najmi, 13, selain dua lagi anak masing-masing berusia sembilan dan enam tahun.

“Muhd Raqin sangat manja dan rapat dengan arwah. Biasanya, arwah akan tidur bersama anak-anak dan sentiasa meluangkan masa bermain dengan mereka.

“Saya tidak dapat bayangkan penerimaan Muhd Raqin apabila dia menyedari ayahnya sudah tiada,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan.

Muhd Raqin yang hadir bersama ibunya di jabatan itu kelihatan terpinga-pinga melihat kehadiran begitu ramai orang di situ yang terdiri daripada waris serta rakan-rakan sekerja bapanya dan anak istimewa itu mungkin masih belum menyedari bahawa dia telah kehilangan seorang daripada insan yang amat disayanginya.

Mohd Roslan merupakan salah seorang daripada sembilan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang disahkan meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan trak FRU dinaiki 18 anggota termasuk pemandu dan sebuah lori membawa muatan batu.

BACA: Kemalangan FRU: Masalah Stereng Lori Batu Dipercayai Punca Insiden

Pandak berkata beliau menerima panggilan mengenai kejadian yang menimpa anak ketiganya itu pada 10 pagi tadi ketika sedang berehat di rumahnya di Kampar.

Walaupun terkejut dan sedih dengan kejadian itu, namun sebagai seorang pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pandak tetap berbangga dengan anaknya yang terkorban selepas menjalankan tugas.

Beliau berkata mendiang berkhidmat dalam PDRM lebih 10 tahun dan pernah bertugas di Cheras, Kuala Lumpur sebelum berpindah ke Markas FRU Unit 5 Sungai Senam di Ipoh.

Beliau menyifatkan Nurit sebagai anak yang bertanggungjawab, ceria dan rapat dengan ahli keluarga termasuk empat adik-beradik yang lain.

Mengenai urusan pengebumian, beliau berkata mendiang anaknya itu akan dikebumikan di Kampung Orang Asli Bukit Terang di Kampar selepas urusan bedah siasat selesai.

Sahal Zabri, 35, adik kepada seorang lagi mangsa yang terkorban, Koperal Amiruddin Zabri, 38, berkata keluarganya masih terkejut dengan berita kematian abangnya yang sebelum ini bertugas sebagai anggota polis biasa sebelum menyertai FRU.

“ Sebelum kejadian, Allahyarham tidak menunjukkan sebarang tanda atau kelakuan pelik, jadi berita kematiannya amat mengejut ahli keluarga,” katanya yang turut memaklumkan jenazah abangnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Itek, Gopeng.

BACA: Kemalangan Lori FRU Imbas Duka Tragedi Karak 35 Tahun Lalu

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Dr Bakri Zainal Abidin mengesahkan sembilan anggota FRU dari Unit 5 Ipoh maut dalam nahas di Jalan Chikus-Sungai Lampam ketika dalam perjalanan pulang selepas bertugas sempena sambutan Hari Wesak di sini.

Kesemua mayat dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk proses bedah siasat.

Pagi tadi Ketua Polis Hilir Perak ACP Dr Bakri Zainal Abidin mengesahkan sembilan anggota FRU dari Unit 5 Ipoh maut dalam nahas di Jalan Chikus-Sungai Lampam, semasa konvoi pasukan itu dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas selesai penugasan perayaan Chitrapournami di sini

Semua mayat terlibat dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat

Sumber: BERNAMA