Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Program Rumah PPR 2025: Cara Mohon dan Syarat Kelayakan
Menyedari kesukaran golongan yang berpendapatan rendah untuk memiliki kediaman sendiri, kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) terus komited melaksanakan Program Perumahan Rakyat (PPR).
Program ini bertujuan menyediakan rumah mampu milik bagi penempatan semula setinggan serta membantu golongan berpendapatan rendah (B40) memiliki kediaman selesa pada harga yang berpatutan.
Apa itu rumah PPR, syarat kelayakan dan cara mohon yang perlu diketahui
Program Perumahan Rakyat (PPR) merupakan satu lagi inisiatif kerajaan untuk memastikan rakyat yang berpendapatan rendah terutamanya golongan B40 mendapat akses kepada perumahan yang selesa, selamat dan teratur.
Ia bukan sahaja menangani isu setinggan malah berperanan sebagai platform pemilikan rumah pertama buat mereka yang belum berkemampuan membeli rumah di pasaran terbuka.
Terdapat dua jenis skim yang ditawarkan di bawah program ini, iaitu:
1. PPR Disewa
Kadar sewa adalah rendah iaitu sekitar RM124 sebulan (tidak termasuk kos penyelenggaraan)
Dikhaskan untuk golongan berpendapatan rendah yang memerlukan kediaman sementara dengan kos yang minima.
2. PPR Dimiliki
Ditawarkan pada harga bermula RM35,000 seunit (Semenanjung Malaysia) dan RM42,000 seunit (Sabah & Sarawak)
Memberi peluang kepada golongan B40 untuk memiliki rumah sendiri secara kekal.
Ciri-Ciri Rumah PPR
Rumah-rumah di bawah skim PPR direka khusus untuk memenuhi keperluan asas seisi keluarga dengan keluasan minimum 700 kaki persegi. Reka bentuk rumah merangkumi:
3 bilik tidur & 2 bilik air
Ruang tamu & ruang dapur
Dibina dalam bentuk rumah bertingkat di kawasan bandar (5-25 tingkat) atau rumah teres di kawasan pinggir bandar.
Kemudahan asas turut disediakan bagi memastikan keselesaan penghuni seperti:
Dewan komuniti & ruang orang ramai
Surau/ruang solat
Gerai makan & ruang niaga
Tadika
Kemudahan untuk OKU
Taman permainan & kawasan lapang
Untuk memohon unit rumah PPR, pemohon perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
Warganegara Malaysia (pemohon dan pasangan)
Berumur 18 tahun ke atas
Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 – RM5,000 sebulan (bergantung kepada ketetapan negeri)
Pemohon dan pasangan belum memiliki rumah sendiri
Mematuhi syarat tambahan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri masing-masing
Cara memohon Rumah PPR 2025
Permohonan bagi mendapatkan rumah PPR boleh dibuat secara dalam talian melalui Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) di portal rasmi TEDUH atau secara manual di pejabat perumahan negeri masing-masing.
Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon secara atas talian:
1. Daftar akaun di portal TEDUH
Layari laman web rasmi https://teduh.kpkt.gov.my dan daftar akaun baharu di SPRN dengan melengkapkan butiran peribadi.
2. Aktifkan akaun & log masuk
Selepas pendaftaran, pemohon perlu mengesahkan akaun melalui e-mel dan log masuk menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
3. Pilih skim & semak projek
Pemohon boleh memilih sama ada ingin memohon PPR Disewa atau PPR Dimiliki. Senarai projek yang sedang dibuka untuk permohonan akan dipaparkan bagi memudahkan pemilihan lokasi.
4. Lengkapkan borang permohonan dan hantar
Isi borang permohonan secara lengkap beserta dokumen sokongan yang diminta sebelum menghantar permohonan untuk diproses.
BACA : Dermasiswa B40: Syarat & Cara Mohon Untuk Lepasan SPM
Permohonan melalui Pejabat Perumahan Negeri
Pemohon boleh mendapatkan maklumat secara manual dengan menghubungi Bahagian Perancangan & Pembangunan Projek PPR setiap negeri di laman web KPKT.
Bagi negeri-negeri yang tidak menyediakan kemudahan permohonan secara atas talian, permohonan boleh dibuat secara manual di Pejabat Bahagian Perumahan Negeri, Lembaga Perumahan Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkaitan.
Untuk menyemak senarai projek PPR yang sedang dibuka mengikut negeri, pemohon boleh merujuk terus kepada bahagian ‘Projek‘ di laman portal TEDUH.
Prosedur permohonan dan kaedah pemilihan adalah tertakluk kepada peraturan dan syarat yang ditetapkan oleh kerajaan negeri masing-masing.
Program Perumahan Rakyat (PPR) bukan sahaja sekadar menawarkan rumah murah, malah merupakan satu solusi efektif bagi mengatasi masalah setinggan dan memastikan kesejahteraan rakyat yang berpendapatan rendah.
Usaha berterusan kerajaan melalui inisiatif ini membuktikan komitmen membantu golongan B40 menikmati kualiti hidup lebih baik melalui pemilikan rumah sendiri atau sewaan dengan harga mampu milik.
Bagi anda yang berkelayakan, jangan lepaskan peluang untuk memohon dan memiliki kediaman impian anda melalui Program PPR 2025.
Semoga bermanfaat.
BACA : Geran Pelancaran RM2,700: Syarat Kelayakan & Cara Mohon