Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
bonggol kawasan lintasan liar
Kredit: Mahadzir Abdul Hamid/TikTok

WWF-Malaysia Gesa Bina Bonggol Jalan Di Kawasan Lintasan Hidupan Liar

Azizah Najib

WWF-Malaysia Gesa Bina Bonggol Jalan Di Kawasan Lintasan Hidupan Liar

KUALA LUMPUR, (Bernama) — Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia menggesa tindakan segera dan nyata diambil bagi mengelakkan lebih banyak kematian hidupan liar, termasuk membina bonggol jalan di lokasi persimpangan utama haiwan melintas.

Menurut WWF-Malaysia, langkah itu dilihat sebagai intervensi kritikal yang mampu memaksa pemandu memperlahankan kenderaan serta menyelamatkan banyak nyawa selain meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya.

Gesaan itu menyusul susulan kejadian menyayat hati pada sambutan Hari Ibu semalam di Lebuhraya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, Perak, apabila seekor gajah betina dilihat meratapi kematian anaknya akibat dilanggar sebuah lori.

“Tragedi ini bukan kejadian terpencil. Ia mencerminkan keperluan mendesak untuk menambah baik langkah perlindungan hidupan liar di sepanjang lebuh raya tersebut, yang dikenali sebagai kawasan panas laluan lintasan haiwan,” kata WWF-Malaysia dalam kenyataan.

Menurutnya papan tanda amaran sedia ada tidak mencukupi dan tidak memberi kesan signifikan dalam menurunkan kadar kemalangan melibatkan haiwan.

WWF-Malaysia turut menegaskan keperluan mendesak untuk menyediakan lintasan hidupan liar serta meningkatkan kesedaran dalam kalangan pemandu di laluan berkenaan.

Katanya jalan raya berkenaan merentasi kawasan habitat kritikal seperti Taman Negeri Royal Belum dan Hutan Simpan Temengor, menjadikannya zon konflik antara pembangunan dan habitat haiwan liar.

Dalam pada itu, WWF-Malaysia memuji usaha Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak dalam membangunkan Santuari Gajah Perak yang dijangka siap menjelang 2029.

Menurut pertubuhan itu, santuari tersebut akan menyediakan habitat lebih selamat kepada gajah selain berupaya mengurangkan konflik manusia-haiwan, namun menegaskan langkah jangka pendek juga perlu dilaksanakan segera.

Sejak 2023, enam ekor harimau dilaporkan mati akibat dilanggar kenderaan di negara ini, termasuk dua kes dalam tempoh dua bulan di lebuh raya yang sama – satu statistik yang membimbangkan.

“Kita perlukan lebih daripada sekadar papan tanda amaran. Kita perlukan jejambat dan laluan bawah tanah khas untuk haiwan, bonggol jalan serta infrastruktur yang dapat memperlahankan trafik,”katanya.

WWF-Malaysia turut mengingatkan semua pengguna Lebuhraya Gerik-Jeli supaya sentiasa berwaspada terhadap haiwan melintas kerana mereka sebenarnya sedang melalui kawasan habitat hidupan liar.

Sumber: Bernama

BACA: Ibu Gajah Dipercayai Masih Berkeliaran, Cari Anak Yang Telah Tiada

BACA: Lelaki Kongsi Situasi Ketika Ibu Gajah Tolak Lori, Cuba Selamatkan Anak