Bomb Battle Kini di The Curve! Cipta Pengalaman Imersif Penuh Aksi & Hormati Wira Negara
PETALING JAYA, 15 May 2025– Lokasi baharu Bomb Battle kini rasmi dibuka di The Curve, Mutiara Damansara, dan menjanjikan pengalaman permainan misi bertema yang cukup luar biasa seolah-olah anda berada dalam dunia aksi sebenar.
Majlis pelancaran outlet ketiga Bomb Battle ini diserikan dengan kehadiran YB Khairul Firdaus Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, serta YB Datuk Wira Mas Ermieyati, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Kehadiran dua figura penting ini menandakan potensi Bomb Battle sebagai antara tarikan pelancongan unik di negara ini.

Sebelum ini, Bomb Battle telah berjaya menawan hati pengunjung di Berjaya Times Square dan Atria Shopping Gallery. Outlet di The Curve ini menambah satu lagi pencapaian besar buat jenama ini yang berpegang pada misi untuk mengeratkan hubungan antara insan melalui aktiviti yang menyeronokkan
“Kami tak sekadar menghasilkan permainan, tapi kami bina dunia yang imersif, penuh pengalaman yang akan kekal dalam memori. Di Bomb Battle, kami percaya pada “kuasa” hubungan. Melalui keseronokan dan kerjasama dalam permainan, kita bina ikatan yang kuat antara keluarga, rakan-rakan dan rakan sekerja,” – Datin Sheehan Tee, Pengasas & CEO Bomb Battle Sdn Bhd.

Penghormatan Buat Wira Negara
Sebagai tanda penghargaan, Bomb Battle mengumumkan pemberian Pas Kehidupan Sepanjang Hayat kepada anggota beruniform dan keluarga dari:
- Polis Diraja Malaysia (PDRM)
- Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)
“Mereka banyak berkorban masa dan tenaga demi negara. Kami nak sediakan ruang untuk mereka luangkan masa berkualiti bersama keluarga,” jelas Datin Sheehan.

Teknologi Terkini, Pengalaman Tak Terlupa
Para tetamu yang hadir berpeluang jadi yang terawal merasai sendiri teknologi canggih Bomb Battle yang direka khas untuk cipta pengalaman yang benar-benar berbeza. Dengan teknologi yang sentiasa diperbaharui, Bomb Battle terus tampil sebagai pencipta permainan imersif yang terkehadapan di Malaysia.

Outlet baharu Bomb Battle di The Curve kini dibuka untuk tempahan dalam talian dan walk-in. Sama ada nak sambut hari jadi, buat aktiviti team building,Bomb Battle memang lokasi terbaik untuk anda dan orang tersayang.
Untuk maklumat lanjut, layariwww.thebombbattle.com