Siakap Keli
Enam Kenderaan Kemalangan Treler hilang kawalan
Gambar: Orang awam

Enam Kenderaan Kemalangan Akibat Treler Hilang Kawalan

Enam Kenderaan Kemalangan Akibat Treler Hilang Kawalan

SHAH ALAM, 15 Mei (Bernama) — Sebuah treler dipercayai hilang kawalan menyebabkan kemalangan lima kenderaan lain di KM32.5 Jalan Klang-Banting berhadapan sebuah bank di Banting, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Mohd Akmalrizal Mohd Radzi berkata bagaimanapun kejadian tidak melibatkan kemalangan jiwa terhadap lapan mangsa berusia 20 hingga 50 tahun termasuk dua wanita.

Beliau berkata siasatan mendapati kemalangan kira-kira 12.15 tengah hari itu berlaku apabila treler dari arah Dengkil ke Sungai Buaya berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu melanggar bahagian kanan belakang sebuah treler lain.

“Perlanggaran menyebabkan treler jenis Volvo itu bergerak ke hadapan lalu melanggar sebuah Proton X90, Proton Persona, Proton Gen2 dan Toyota Alphard yang sedang berhenti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan, kesemua kenderaan itu sedang berhenti untuk memberi laluan kepada pemandu Proton Gen2 yang ingin memasuki ruang parkir di bahu jalan.

Akmalrizal berkata pemandu treler berusia 40-an dan bekerja dengan sebuah syarikat pengangkutan swasta di Banting itu mempunyai lesen memandu manakala hasil saringan air kencing mendapati dia negatif terhadap dadah.

Beliau berkata kesemua pemandu terdiri daripada peniaga, juruteknik dan suri rumah serta saksi bebas telah hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mazrol Mohd Din menerusi talian 011-18539115 atau 03-31872222 bagi membantu siasatan.

BACA: Lapan Maut, Tiga Cedera Parah Kemalangan Libatkan Kenderaan FRU Di Teluk Intan – Polis

BACA: Identiti Sembilan Anggota FRU Maut Dalam Kemalangan Dikenal Pasti

BACA: Rumah & Kedai Di Kampung Baru Musnah Dalam Kebakaran

Sumber: BERNAMA

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.