Siakap Keli
Identiti Sembilan Anggota FRU Maut
Gambar: BERNAMA

Identiti Sembilan Anggota FRU Maut Dalam Kemalangan Dikenal Pasti

Identiti Sembilan Anggota FRU Maut Dalam Kemalangan Dikenal Pasti

TELUK INTAN, 13 Mei (Bernama) — Senarai sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang meninggal dunia akibat kemalangan ngeri di Jalan Chikus-Sungai Lampam telah dikenal pasti.

Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata semua anggota terlibat terdiri daripada pegawai rendah polis FRU Sungai Senam Ipoh, dengan lapan daripada mereka berasal dari Perak dan seorang dari Kedah.

Beliau berkata mereka terdiri daripada Sjn Perumal a/l Sugunanathan, 44, dari Lahat, Ipoh; Sjn Mohd Roslan Abd Rahim, 46, dari Tanjung Rambutan, Ipoh; Kpl Mohd Pozli Jaudin, 41, dari Gunung Rapat, Ipoh; Kpl Nurit Ak Pandak, 34, (Kampar); dan Kpl Amiruddin Zabri, 38, (Gopeng).

Empat lagi ialah Kpl Mohamad Hilmi Mohd Azlan, 38, dari Taiping; Kpl Muhamad Akmal Muhamad, 35, tahun dari Kuala Kurau; L/Kpl Damarrulan Abdul Latif, 33, dari Ipoh; dan Konstabel Akmal Wafi Annuar, 28, dari Lunas, Kedah.

Sembilan anggota FRU itu meninggal dunia selepas trak yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori dalam kejadian 8.50 pagi tadi di Jalan Chikus-Sungai Lampam, di sini.

BACA: Lapan Maut, Tiga Cedera Parah Kemalangan Libatkan Kenderaan FRU Di Teluk Intan – Polis

BACA: Kemalangan Lori FRU: Jumlah Mangsa Maut Meningkat Kepada Sembilan, Semua Anggota FRU

BACA: Saksi Dengar Dentuman Kuat, Jeritan Anggota FRU Di Lokasi Kemalangan

Sumber: BERNAMA

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.