Siakap Keli
hujan negeri malam
Gambar: Bernama

Ribut Petir, Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Hingga Malam Ini

Ribut Petir, Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di kebanyakan negeri sehingga jam 9 malam ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah terlibat seperti di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Selangor, Johor, Sarawak dan Sabah.

Manakala seluruh kawasan di Perlis, Pahang,  Negeri Sembilan,  Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan diramal hujan turut diramal hujan.

“Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Kubang Pasu, Padang Terap, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Manakala di Pulau Pinang pula termasuk Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

“Di Perak, kawasan yang terlibat adalah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kampar, Batang Padang dan Muallim. Sementara di Kelantan, daerah yang dijangka hujan seperti Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

“Di Terengganu, kawasan yang terlibat seperti Besut, Setiu, Dungun dan Kemaman. Bagi Selangor pula melibatkan daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

“Di Johor, daerah yang diramal hujan melibatkan kawasan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Pontian.

“Beralih ke Sarawak, kawasan yang terlibat seperti Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Matu dan Dalat), Bintulu (Tatau) dan Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi).

“Di Sabah pula, termasuk Pedalaman dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran),” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid02136DV9QqHodfVDaeCG6ud4jCBi8YsVcJjTNmdsFEjYpqgDgATbg1XCyHRC3Z5xZTl

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA: Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Habeas Corpus CEO GISBH, Isteri

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.