Siakap Keli
tragedi belon udara panas
Kredit: Video orang awam

Tragedi Belon Udara Panas Terbakar, Seorang Maut

Tragedi Belon Udara Panas Terbakar, Seorang Maut

Mexico – Seorang maut manakala dua lagi dilaporkan cedera apabila belon udara panas yang dinaiki terbakar ketika berada di udara pada 11 Mei lalu, lapor BNO News.

Menurut pihak berkuasa Zacatecas, siasatan jenayah dilancarkan selepas sebuah belon udara panas terbakar dan terhempas ketika Festival Belon Pertama berlangsung.

Pihak berkuasa turut mengesahkan seorang mangsa meninggal dunia dan identiti mangsa telah dikenal pasti. Dua lagi mangsa yang cedera mengalami lecur tahap pertama dan tidak mengancam nyawa.

Ketua Setiausaha Zacatecas, Rodrigo Reyes menyifatkan tragedi tersebut sebagai kejadian yang dikesali. Beliau berkata, pihak berkuasa negeri telah bertindak dengan kadar segera bagi membantu mereka yang terkesan. Beliau turut menggesa kerajaan tempatan agar mempertingkatkan langkah keselamatan.

“Kami telah membuat permohonan supaya Pejabat Pendakwa Negeri menjalankan siasatan bagi memperjelas fakta dan menentukan pihak yang bertanggungjawab,” katanya.

Susulan itu, Pejabat Pendakwa Zacatecas memaklumkan dua individu yang bertanggungjawab dalam mengelola acara ini sudah dikenal pasti namun mereka didapati telah menghilangkan diri.

Pihak polis kemudiannya berjaya mengesan dan merampas kenderaan yang didakwa digunakan oleh pihak penganjur di ibu negeri berkenaan.

Pihak pendakwa memaklumkan, kes disiasat sebagai pembunuhan, kecederaan dan pengabaian.

Terdahulu, beberapa rakaman video tular di media sosial menunjukkan sebuah belon udara panas terbakar di udara dengan seseorang yang masih berpaut pada tali belon tersebut sebelum terjatuh beberapa ratus kaki ke tanah.

https://x.com/ehiramhurtado/status/1921672827205255542

Menurut laporan Cuentame, mangsa merupakan salah seorang kru festival, Lucio berusia sekitar 40-an. Mangsa cuba menyelamatkan nyawa dengan berpaut pada tali ketika belon udara berkenaan disambar api. Namun, selepas beberapa saat, tali tersebut turut disambar api dan menyebabkan mangsa terjatuh ke tanah.

Berdasarkan kenyataan saksi, api yang tiba-tiba menyambar menyebabkan belon udara panas tersebut kehilangan altitud dan terhempas di kawasan padang. Kawasan yang sukar dilalui itu merumitkan usaha pasukan penyelemat untuk tiba di tempat kejadian, lapor Fresnillo Mexico.

Sumber: BNO News, Fresnillo Mexico, News Azerbaijan, Cuentame

BACA: Hairan, Kenapa Objek Di Cermin Sisi Nampak Lebih Dekat? Ini Jawapannya

BACA: Lokasi Hotel Jemaah Haji 2025 Di Madinah & Mekah

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.