Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
pemandu lori fru
Kredit: Bernama

Pemandu Lori Didakwa Memandu Berbahaya Sebabkan Kematian Sembilan Anggota FRU

Azizah Najib

Pemandu Lori Didakwa Memandu Berbahaya Sebabkan Kematian Sembilan Anggota FRU

TELUK INTAN, 16 Mei (Bernama) — Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Selasa lepas.

Tertuduh, 45, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Norhamizah Shaiffuddin.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh sebagai pemandu lori telah memandu secara berbahaya kepada orang awam hingga menyebabkan kematian Sarjan S Perumal, 44, di KM15 Jalan Sungai Manik pada 9.05 pagi, 13 Mei.

Bagi pertuduhan kedua hingga sembilan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan sama menyebabkan kematian Sarjan Mohd Roslan Abd Rahim, 46; Koperal Mohd Pozli Jaudin, 41; Koperal Nurit Ak Pandak, 34; Koperal Amiruddin Zabri, 38, Koperal Mohamad Hilmi Mohd Azlan, 38, Koperal Muhamad Akmal Muhamad, 35, Lans Koperal Damarrulan Abdul Latif, 33 dan Konstabel Akmal Wafi Annuar, 28, di tempat, masa dan tarikh sama.

BACA: Rakan Bantu Pegang Anak OKU Sarjan Roslan Kongsi Detik Hiba Di Sisi Jenazah

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan tidak lebih RM50,000, serta hilang kelayakan memegang dan mendapatkan lesen memandu tidak kurang lima tahun, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Izzuddin Fakri Hamdan menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan syarat tambahan lesen memandu tertuduh digantung sehingga kes di mahkamah selesai selain melapor diri di balai polis berhampiran setiap minggu.

Tertuduh yang diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Francais Sinappan memohon jaminan minimum atas alasan mempunyai pendapatan RM2,500 sebulan dan menghidap penyakit asma.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 bagi semua pertuduhan dan membenarkan syarat tambahan seperti dikemukakan pihak pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 17 Jun ini untuk sebutan semula kes.

Sumber: BERNAMA