Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
anak oku sarjan roslan
Kredit: Bernama

Rakan Bantu Pegang Anak OKU Sarjan Roslan Kongsi Detik Hiba Di Sisi Jenazah

Azizah Najib

Rakan Bantu Pegang Anak OKU Sarjan Roslan Kongsi Detik Hiba Di Sisi Jenazah

IPOH, 16 Mei (Bernama) — Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang juga merupakan rakan baik Sarjan Mohd Roslan Abd Rahim yang terkorban dalam kemalangan ngeri di Teluk Intan Selasa lalu berkata dia tidak dapat menahan tangisan sebaik membuka kain kafan arwah pada upacara penghormatan terakhir.

Koperal Mohd Shaukar Ishak, 36, berkata apatah lagi sewaktu itu dia sedang memegang anak sulung Allahyarham Muhd Raqin Najmi, 13, yang menghidap sindrom down, hatinya bertambah hiba.

“Saya tak dapat menahan tangisan, saya rasa apa yang dirasakan oleh kakak Aini (isteri arwah, Nur Aini Samiun) itu turut saya rasai kerana saya baru juga baru kehilangan ibu saya. Jadi saya menangis semahunya sebaik melihat wajah arwah, selepas membantu waris arwah membuka kain kafannya,” katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini.

Gambar Mohd Shaukar sedang menangis sambil memegang Muhd Raqin Najmi di sisi keranda Allahyarham Mohd Roslan sewaktu upacara penghomatan terakhir selepas solat jenazah di Surau Al-Mustakim di FRU Unit 5, Sungai Senam, malam Selasa, lalu viral di media sosial.

Gambar yang dibidik jurukamera Bernama Biro Perak itu Zulfadhli Zulkarnain itu, terlebih dahulu dikongsi dalam di laman Facebook rasmi Bernama sebelum dikongsi semula 1, 200 kali dan mendapat 13,000 tanda suka serta ratusan komen.

BACA: Nahas FRU: Isteri Koperal Haslizal Mohon Doa Supaya Suami Segera Sedar

Mohd Shaukar berkata pada ketika itu dia hanya berniat membantu isteri Allahyarham kerana melihat Nur Aini terlalu penat dan dia menawarkan diri membantu membawa Muhd Raqin Najmi mendekati jenazah bapanya.

Menyentuh mengenai perhubungan dengan Allahyarham, Mohd Saukar yang berasal dari Alor Setar berkata dia telah tujuh tahun mengenali arwah dan agak rapat sebagai rakan sekerja.

“Kami juga berkongsi hobi iaitu menyertai aktiviti larian bersama beberapa anggota yang lain, arwah memang seorang yang baik, suka bergurau dan amat rapat dengan anak-anaknya.

“Alhamdulilah, sewaktu melihat wajahnya malam itu, wajahnya bersih,” katanya.

Sementara itu, Nur Aini berkata sejak semalam anak sulungnya yang dipanggil Najmi itu keluar ke laman rumah menuju ke kereta arwah bagaikan mencari bapanya.

Beliau berkata Najmi amat rapat dengan bapanya dan akan tidur bersama setiap malam.

“Kami sama-sama menjaga Najmi serta dua anak kami, dia memang penyabar dengan anak-anak”, katanya.

Sumber: BERNAMA