Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ronaldo Kekal Dominasi Atlet Terkaya Dunia 2025

Iqbal Yasir
Gambar: AFP

Ronaldo Kekal Dominasi Atlet Terkaya Dunia 2025

Biarpun sudah berusia 40 tahun, Cristiano Ronaldo membuktikan dirinya sebagai atlet dengan bayaran tertinggi di dunia bagi tahun 2025, menurut senarai tahunan yang dikeluarkan oleh Forbes.

Menurut laporan ESPN, ini merupakan kali ketiga berturut-turut dan kali kelima sepanjang karier Ronaldo berada di tangga teratas senarai tersebut.

Bintang kelab Al Nassr itu dilaporkan meraih pendapatan mencecah AS$275 juta dalam tempoh setahun lalu.

Pendapatan luar biasa itu bukan sahaja datang daripada gaji bersama kelab Arab Saudi tersebut, malah turut disumbangkan oleh pelbagai kontrak penajaan hingga menggangkat statusnya sebagai ikon global.

Ronaldo miliki lebih 939 juta pengikut di media sosial

Sementara itu, beberapa nama-nama besar lain turut menghiasi senarai atlet berpendapatan tertinggi tahun ini.

Senarai Atlet Berpendapatan Tinggi 2025:

1. Cristiano Ronaldo (Bola Sepak, Al-Nassr) – AS$275 juta

2. Stephen Curry (Bola Keranjang, Golden State Warriors) – AS$156 juta

3. Tyson Fury (Tinju) – AS$146 juta

4. Dak Prescott (Bola Sepak Amerika, Dallas Cowboys) – AS$137 juta

5. Lionel Messi (Bola Sepak, Inter Miami) – AS$135 juta

6. LeBron James (Bola Keranjang, Los Angeles Lakers) – AS$133.8 juta

7. Juan Soto (Besbol, New York Mets) – AS$114 juta

8. Karim Benzema (Bola Sepak, Al Ittihad) – AS$104 juta

9. Shohei Ohtani (Besbol, Los Angeles Dodgers) – AS$102.5 juta

10. Kevin Durant (Bola Keranjang, Phoenix Suns) – AS$101.4 juta

Sumber: Tempo

BACA: Jurulatih Sepak Takraw USA Kongsi Sebab Malaysia Jadi Juara

BACA: “Libasan terakhir.. dan seribu doa di belakangnya..” Ulasan Pengulas Buat Penonton Goosebump

BACA: LIMA’25: TLDM Siasat Insiden Bot Hilang Kawalan Semasa Raptai Demonstrasi Segmen Maritim