JOHOR BAHRU — Seorang jemaah Haji, yang juga Rombongan Haji Kerajaan Johor (RKJ) dilaporkan meninggal dunia dalam kawasan Kaabah.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid dalam satu perkongsian di Facebook memaklumkan perkhabaran duka itu.
Katanya, Allahyarhamah, Norizah Tambunan Nordin, 47, baru sahaja tiba di bumi Mekah pada 16 Mei, semalam.
“Dukacita dimaklumkan salah seorang jemaah dalam Rombongan Haji Kerajaan Johor (RKJ) kita yang baru tiba di Mekah pada 16/5/2025 telah meninggal dunia dalam kawasan Kaabah.
“Dijemput datang sebagai tetamu NYA.. ‘dijemput pergi’ di Tanah Suci.. dalam ihram dan persiapan paling manis bertemu Sang Pencipta.
“Mewakil Kerajaan Johor saya mengucapkan takziah kepada ahli waris Allahyarhamah.
“Allahyarhamah merupakan kakitangan di Pejabat Daerah Batu Pahat,” katanya,” kongsinya dalam hantaran itu.
https://www.facebook.com/mohdfared.mohdkhalid.1/posts/pfbid0KPLyFqUwN4nS2omttY6YqYU4bdWHDHBtNmHoAkfAra7MPQNKRJ1GQGgNwx3kZzttl
Sumber: Facebook Mohd Fared Mohd Khalid