Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pemuda Dedah Gaji Guru Kontrak Di Indonesia Buat Ramai Terkejut

Iqbal Yasir
gaji guru di indonesia
Gambar: TikTok @abdurrahman_ii

Pemuda Dedah Gaji Guru Kontrak Di Indonesia Buat Ramai Terkejut

Guru ialah insan yang memainkan peranan penting dalam membentuk generasi masa depan.

Mereka bukan sahaja menyampaikan ilmu, namun memberi inspirasi dan membentuk nilai-nilai murni dalam diri murid.

Tanpa para pendidik ini, proses pendidikan tidak akan sempurna dalam sesebuah negara bagi melahirkan golongan yang berdaya saing.

Jadi, tidak hairan jika guru diibaratkan sebagai ‘ibu bapa’ kedua bagi murid sewaktu berada di sekolah.

Mereka bukan sahaja menjalankan tugas mengajar, namun mendidik kita dengan penuh kasih sayang, sabar dan ikhlas.

Disebabkan itu, wujudnya hari untuk menghargai pengorbanan dan sumbangan pendidik ini, iaitu Sambutan Hari Guru. Di Malaysia, Hari Guru disambut pada 16 Mei oleh seluruh rakyat.

Bagaimanapun, seorang pemuda dari Indonesia mencuri perhatian ramai baru-baru ini apabila mendedahkan bayaran yang diterima guru di negara itu.

Ramai Terkejut Bayaran Diterima Guru Honorer

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna @abdurrahman_ii di TikTok, dia memberikan penjelasan kepada pengikutnya selepas ditanya mengenai gaji guru di Indonesia.

“Tapi aku nak beritahu bahawa kalau gaji guru di Indonesia itu 300,000 rupiah (sekitar RM78) setiap bulan,” katanya.

Ditanya bagaimana mengetahui perkara itu, Abdur memberitahu bahawa sebelum berhijrah ke Malaysia, dia juga merupakan salah seorang pendidik di negara itu.

Katanya, dia pernah ditawarkan mengajar di sebuah sekolah dengan bayaran gaji sekitar 300,000 rupiah sebulan sebagai guru honorer (guru yang bekerja secara kontrak atau sementara dan bukan sebagai penjawat awam tetap).

Baginya, gaji yang ditawarkan itu tidak releven dengan perjalanan akademik yang dilaluinya.

“Bukan tidak mahu bersyukur, tapi biarlah setimpal dengan kerja yang dilakukan. RM70 (sekitar 300,000 rupiah) per hari di Malaysia itu masih rasa sedikit, apatah lagi RM70 sebulan,” katanya.

Perkongsian itu nyata mengejutkan warga maya yang memberikan pelbagai reaksi terhadap video itu.

Berikut antara komen netizen;

“Sebagai seorang guru di Malaysia, saya sangat bersimpati dengan semua guru di Indonesia,” komen seorang pengguna.

“Betul ke bang gaji cikgu di sana begitu?? Macam mana mereka sara hidup?” soal seorang pengguna lagi.

Sumber: TikTok @abdurrahman_ii

BACA: Senarai Platform & Laluan Menjadi Guru Di Malaysia

BACA: Nahas FRU: Masih Tiada Pihak Bayar Jaminan, Pemandu Lori Kekal Di Lokap – Polis