Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
kerjaya guru
Gambar: BERNAMA

Senarai Platform & Laluan Menjadi Guru Di Malaysia

Nur Alissa

Senarai Platform & Laluan Menjadi Guru Di Malaysia

Seperti yang diketahui, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 telah diumumkan beberapa minggu yang lalu.

Kini, ramai dalam kalangan lepasan SPM sedang sibuk menguruskan proses pendaftaran serta membuat persiapan untuk melangkah ke fasa seterusnya dalam dunia pendidikan.

Ada yang sudah menerima tawaran pengajian, manakala sebahagian lagi masih meneliti pilihan terbaik demi merealisasikan impian serta membanggakan ibu bapa.

Salah satu bidang pendidikan yang menjadi pilihan ramai kalangan anak muda dalam negara adalah bergelar seorang guru.

Bersempena dengan Sambutan Hari Guru pada 16 Mei hari ini, SK kongsikan senarai laluan untuk menceburi kerjaya seorang guru dalam negara.

Laluan Menjadi Seorang Guru

kerjaya guru
Gambar: BERNAMA

1. Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)

Untuk pelajar lepasan SPM yang memperoleh keputusan cemerlang, mereka berpeluang memohon Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) yang ditawarkan di Institut Guru Malaysia (IPGM).

Program ini berlangsung selama empat tahun dan memberikan kelayakan ijazah Sarjana Muda dalam bidang perguruan.

Calon boleh memilih bidang pengkhususan mengikut minat dan keperluan, antaranya Pendidikan Prasekolah, Pendidikan Rendah, Pendidikan Menengah dan sebagainya.

2. Universiti Awam dan Swasta

Pelajar yang telah menamatkan STPM, matrikulasi atau diploma layak menyambung pengajian dalam bidang pendidikan di institusi pengajian tinggi awam atau swasta. Tempoh pengajian bagi program ini biasanya antara tiga hingga empat tahun.

Terdapat pelbagai bidang pengkhususan yang ditawarkan, antaranya Pendidikan Bahasa Melayu, Pendidikan Bahasa Inggeris, Pendidikan Matematik, Pendidikan Sains dan banyak lagi mengikut minat serta keperluan semasa.

3. Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) / Sijil Perguruan Khas (KPLI)

Graduan yang telah memperoleh ijazah sarjana muda dalam bidang selain pendidikan boleh memohon untuk mengikuti program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPLI) atau Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) yang ditawarkan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) atau universiti awam terpilih.

Tempoh pengajian bagi program ini lazimnya adalah antara satu hingga dua tahun.

4. Program Pensiswazahan Guru (PPG)

Program ini menyasarkan guru-guru yang sedang berhidmat tetapi belum memiliki ijazah dalam bidang pendidikan. Mereka berpeluang menyambung pengajian secara separuh masa atau melalui pembelajaran jarak jauh bagi memperoleh ijazah dalam bidang tersebut.

5. Program Pengajian Jarak Jauh (PJJ)

Program ini memberi peluang kepada guru atau individu yang sedang bekerja untuk menyambung pengajian dengan lebih fleksibel.

Pelbagai universiti turut menyediakan program pendidikan jarak jauh dengan pelbagai pilihan bidang pengkhususan.

6. Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET)

Individu yang berminat dalam bidang teknikal dan vokasional boleh memohon program pendidikan TVET yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi tertentu.

7. Biasiswa dan Program Khusus

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan pelbagai jenis biasiswa kepada pelajar yang berhasrat menjadi guru, termasuk dalam bidang pendidikan khas seperti Pendidikan Islam, Pemdidikan Khas dan sebagainya.

Selain itu, beberapa organisasi korporat dan yayasan turut menyalurkan program pendidikan serta biasiswa bagi melahirkan barisan pendidik yang berkualiti.

Untuk maklumat lanjut dan permohonan, anda boleh melayari laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di www.moe.gov.my atau portal PISMP di pismp.moe.gov.my

Sumber: Kementerian Pendidikan PISMP, Kementerian Pendidikan Malaysia,

BACA: Selangor Tamatkan Tajaan Ijazah Pertama Ke Timur Tengah Mulai Tahun Ini

BACA: Saharul Ridzwan Kongsi 3 Benda Perlu Diterapkan Bila Urus Kewangan

BACA: Lelaki Minta Sunting Gambar Bersama Atlet Gimnastik Negara, Hasilnya Buat Ramai Terhibur