Siakap Keli
Amaran ribut petir
Gambar: BERNAMA

Amaran Ribut Petir Di Kebanyakan Negeri Malam Ini

Amaran Ribut Petir Di Kebanyakan Negeri Malam Ini 

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan hingga 9 malam ini.

Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Selain itu, cuaca sama dijangka turut melanda keseluruhan negeri Perak dan Melaka. 

“Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, selain daerah Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan.

“Di Terengganu, daerah yang terlibat adalah Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman, manakala di Pahang membabitkan daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Kuantan dan Pekan.

“Sementara itu, Selangor membabitkan daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Sepang, selain Negeri Sembilan membabitkan daerah Seremban, Port Dickson dan Rembau.

“Di Johor pula, daerah yang terlibat adalah Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kota Tinggi,” maklum METMalaysia.

Beralih ke Sarawak, daerah yang terlibat adalah Kuching, Sri Aman, Samarahan, Kapit (Kapit) dan Limbang (Lawas).

Di Sabah pula, daerah yang terlibat adalah Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Beaufort) dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran).

Orang ramai diminta waspada

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan untuk berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

BACA: Dunia ‘Hilang’ 10 Hari Pada Oktober 1582

Sumber: METMalaysia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.