Siakap Keli
Gambar: AI

Bayar RM10 Sebulan Tapi Manfaat Berbaloi, Lelaki Tak Sangka Ada Skim Perlindungan Termurah Untuk Isteri

Bayar RM10 Sebulan Tapi Manfaat Berbaloi, Lelaki Tak Sangka Ada Skim Perlindungan Termurah Untuk Isteri

Ramai yang menganggap kerja sebagai seorang suri rumah itu ‘biasa-biasa’ sahaja. Hakikatnya, tugas mereka sebenarnya antara yang paling mencabar.

Bermula daripada menguruskan rumah tangga hingga menjaga anak-anak sepanjang waktu bukanlah satu tugas yang mudah. Tiada cuti, tiada MC, tiada gaji.

Namun siapa sangka, ada satu skim yang diwujudkan ini khas untuk menghargai pengorbanan suri rumah. Lebih mengejutkan lagi, ia sangat mampu milik dan penuh dengan manfaat.

Inilah kisah seorang suami yang secara tak sengaja terjumpa Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) yang disediakan oleh PERKESO, dan bagaimana ia telah mengubah perspektifnya tentang pentingnya perlindungan untuk isteri tersayang walaupun berada di rumah. 

“Saya Sangka Perlindungan Macam Ni Mahal…”

Fadhil (bukan nama sebenar), pada awalnya hanya ingin mencari insurans perlindungan asas untuk isterinya yang merupakan suri rumah sepenuh masa. Namun, apabila dia terjumpa maklumat tentang SKSSR, dia agak skeptikal pada mulanya.

“Hanya RM120 setahun? Aku ingat skim macam ni mesti tak cover banyak… Tapi bila tengok balik, aku terkejut dengan faedah yang ditawarkan. Memang berbaloi teruk,” kata Fadhil.

Apa Itu SKSSR?

Gambar: Perkeso

Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) merupakan satu inisiatif oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022, yang bertujuan untuk memberi memberi perlindungan kepada golongan suri rumah. Sama ada suri rumah sepenuh masa atau wanita berkerjaya yang mengalami kemalangan, penyakit atau apa-apa insiden semasa melakukan aktiviti berkaitan rumah tangga sehingga menyebabkan hilang upaya kekal atau keilatan yang menjejaskan keupayaan suri rumah untuk menguruskan rumah tangga. 

Haa inilah faedah-faedah yang berbaloi gila tu..

Walaupun hanya dengan bayaran RM120 setahun (atau hanya RM10 sebulan!), SKSSR menawarkan pelbagai faedah dalam dua kategori iaitu Faedah Perlindungan Bencana Domestik dan Faedah Perlindungan Keilatan, antaranya;

Gambar: Perkeso

Faedah Perlindungan Bencana Domestik

Faedah Perubatan

Suri rumah yang ditimpa bencana domestik boleh mendapatkan rawatan perubatan dan layanan pesakit luar di hospital, klinik atau institusi lain.

Faedah Hilang Upaya Kekal

Suri rumah yang mengalami satu atau lebih hilang upaya kekal akibat bencana domestik, boleh memohon dan menerima bayaran Faedah Hilang Upaya Kekal secara sekali gus dengan pengesyoran oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan.

Elaun Layanan Sentiasa

Dibayar secara bulanan kepada suri rumah yang menerima Faedah Hilang Upaya Kekal atau Elaun Keuzuran akibat tidak berupaya dengan teruk hingga sentiasa memerlukan layanan peribadi daripada orang lain.

Suri rumah layak menerima elaun ini setelah diperakukan oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan. Bayaran elaun akan terhenti apabila suri rumah mencapai umur 55 tahun atau meninggal dunia.

Faedah Pengurusan Mayat

Faedah Pengurusan Mayat sebanyak RM3,000 (berkuatkuasa mulai 1 Jun 2024) dibayar sekali (one-off) kepada orang tanggungan yang layak jika suri rumah berinsurans meninggal dunia sebelum mencapai umur 55 tahun.

Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Dialisis

Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Dialisis disediakan kepada suri rumah yang layak setelah diperakukan menghidap hilang upaya kekal atau keilatan oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan.

Sekiranya perlu, suri rumah akan diberikan bekalan prostetik, ortotik atau lain-lain alat, tanpa sebarang kos.

Gambar: Perkeso

Pencen Penakat

Jika suri rumah berinsurans meninggal dunia sebelum mencapai usia 55 tahun akibat bencana domestik atau sedang menerima elaun keuzuran atau mati atas apa-apa sebab dalam tempoh perlindungan, Pencen Penakat dibayar sebanyak RM300 sebulan kepada orang tanggungan yang layak mengikut syer yang ditetapkan.

Pencen Penakat dibayar kepada duda, anak. Jika suri rumah berinsurans tidak meninggalkan duda atau anak, bayaran Pencen Penakat dibayar kepada ibu bapa suri rumah berinsurans. 

Syer anak dibayar sehingga anak berumur 21 tahun atau berkahwin atau jika masih belajar sehingga tamat pengajian ijazah pertama. Jika ada anak yang terencat mental, kurang upaya fizikal yang menyebabkan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, syer anak tersebut dibayar sehingga berumur 55 tahun.

Pencen Penakat dibayar hanya kepada duda atau ibu bapa warganegara Malaysia sehingga mencapai umur 55 tahun sahaja. Bayaran Pencen Penakat kepada duda juga akan terhenti jika duda berkahwin semula.

Faedah Perlindungan Keilatan

Elaun Keuzuran

Dibayar secara bulanan kepada suri rumah yang menghidap keilatan dengan pengesyoran penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan.

Suri rumah dianggap menghidap keilatan akibat sesuatu keuzuran yang berkekalan, sehingga tidak lagi berupaya melaksanakan sebahagian besar aktiviti menguruskan rumah tangga.

Pemberian elaun ini akan berakhir setelah keilatan yang dialami suri rumah terhenti, mencapai umur 55 tahun atau meninggal dunia.

Elaun Layanan Sentiasa

Dibayar secara bulanan kepada suri rumah yang menerima  Elaun Keuzuran atau Faedah Hilang Upaya Kekal akibat tidak berupaya dengan teruk hingga sentiasa memerlukan layanan peribadi orang lain.

Suri rumah layak menerima elaun ini setelah diperakukan oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan. Bayaran elaun akan terhenti apabila suri rumah mencapai umur 55 tahun atau meninggal dunia.

Kemudahan Pemulihan Jasmani Atau Dialisis

Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Dialisis disediakan kepada suri rumah yang layak setelah diperakukan menghidap keilatan  atau hilang upaya kekal oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan.

Sekiranya perlu, suri rumah akan diberikan bekalan prostetik, ortotik atau lain-lain alat, tanpa sebarang kos.

Faedah Pengurusan Mayat

Faedah Pengurusan Mayat sebanyak RM3,000 (berkuatkuasa mulai 1 Jun 2024) dibayar sekali (one-off) kepada orang tanggungan yang layak jika suri rumah berinsurans meninggal dunia sebelum mencapai umur 55 tahun.

Pencen Penakat

Jika suri rumah berinsurans meninggal dunia sebelum mencapai usia 55 tahun akibat bencana domestik atau sedang menerima elaun keuzuran atau mati atas apa-apa sebab dalam tempoh perlindungan, Pencen Penakat dibayar sebanyak RM300 sebulan kepada orang tanggungan yang layak mengikut syer yang ditetapkan. Pencen Penakat dibayar kepada duda, anak. Jika suri rumah berinsurans tidak meninggalkan duda, anak, bayaran Pencen Penakat dibayar kepada Ibu bapa suri rumah berinsurans.

Syer anak dibayar sehingga anak berumur 21 tahun atau berkahwin atau jika masih belajar sehingga tamat pengajian ijazah pertama. Jika ada anak yang terencat mental, kurang upaya fizikal yang menyebabkan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, syer anak tersebut dibayar sehingga berumur 55 tahun.

Pencen Penakat dibayar hanya kepada duda atau ibu bapa warganegara Malaysia sehingga mencapai umur 55 tahun sahaja. Bayaran Pencen Penakat kepada duda juga akan terhenti jika duda berkahwin semula.

Siapa Yang Layak?

Skim ini terbuka kepada:

  • Warga negara Malaysia / pemastautin tetap
  • Suri rumah yang belum mencapai umur 55 tahun/belum mencapai umur 54 tahun pada tarikh pertama kali hendak mencarum SKSSR
  • Boleh juga didaftarkan oleh suami, anak atau mana-mana pihak ketiga sebagai tanda penghargaan

Ramai suami di luar sana sayangkan isteri mereka, tapi tak semua tahu ada cara untuk lindungi mereka dengan betul. SKSSR ni satu bentuk penghargaan dan perlindungan yang sepatutnya semua suami tahu. 

Bermula dari sekarang daftar SKSSR secara online di www.perkeso.gov.my atau hadir ke mana-mana pejabat PERKESO terdekat.

RM10 je wehh sebulan!! Jom!!

BACA JUGA: Dah Bergelar “Suri Rumah”, Ini Perlindungan Yang Setiap Wanita Perlu Ada & Tahu

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.