Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
lebuh raya jalan ditutup ASEAN
Gambar: BERNAMA

Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Di Lembah Klang Ditutup Sempena ASEAN

Hannah

Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Di Lembah Klang Ditutup Sempena ASEAN

Enam lebuh raya dan 25 jalan utama sekitar Lembah Klang akan ditutup secara berperingkat bermula Jumaat hingga 28 Mei ini bagi memastikan kelancaran trafik sempena Sidang Kemuncak ASEAN

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Trafik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata jalan yang ditutup termasuk laluan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Subang, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) Istana Negara serta laluan ke hotel penginapan.

Senarai laluan yang ditutup adalah seperti berikut:

1. Tarikh: Jumaat hingga 26 Mei (7 pagi hingga selesai ketibaan delegasi secara berperingkat)

  • Lebuh KLIA

  • Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) (KLIA-Putrajaya)

  • Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) (Subang-Jalan Duta)

  • Lebuhraya Koridor Guthrie (GUTHRIE)

  • Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) (Sg Buloh-Jalan Duta)

  • Lebuhraya Maju (MEX)

  • Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban (Sungai Besi-Pusat Bandar)

  • Lingkaran Putrajaya

  • Jalan Istana

  • Jalan Damansara

  • Jalan Tun Razak

  • Jalan Ampang

  • Jalan Sultan Ismail

  • Jalan Bukit Bintang

  • Jalan Imbi

  • Jalan Parlimen

  • Jalan Kuching

2. Tarikh: 26 Mei (8 pagi hingga selesai ketibaan, 5.30 petang hingga selesai ketibaan, dan 7 petang hingga ketibaan)

  • Persimpangan Jalan Ampang-Jalan P. Ramlee

  • Persimpangan Jalan Sultan Ismail-Jalan P. Ramlee

  • Persimpangan Jalan Perak-Jalan P. Ramlee

  • Persimpangan Jalan Perak-Jalan Pinang

  • Persimpangan Jalan Stonor-Jalan Kia Peng

  • Persimpangan Jalan dan Stonor-Persiaran KLCC

3. Tarikh: 27 Mei (8 pagi hingga 10.30 pagi)

  • Persimpangan Jalan Ampang-Jalan P. Ramlee

  • Persimpangan Jalan Sultan Ismail-Jalan P. Ramlee

  • Persimpangan Jalan Perak-Jalan P. Ramlee

  • Persimpangan Jalan Perak-Jalan Pinang

  • Persimpangan Jalan Stonor-Jalan Kia Peng

  • Persimpangan Jalan Stonor-Persiaran KLCC

4. Tarikh: 27 Mei (11.45 pagi hingga 1 petang)

  • Sepanjang Jalan Tun Razak

  • Sepanjang Jalan Mahameru

  • Sepanjang Jalan Sultan Abdul Halim

5. Tarikh: 27 Mei (1.45 petang hingga 3 petang)

  • Sepanjang Jalan Parlimen-Jalan Kuching

  • Sepanjang Jalan Sultan Ismail

  • Persimpangan Jalan Sultan Ismail-Jalan P. Ramlee

  • Persimpangan Jalan Perak-Jalan P. Ramlee

  • Persimpangan Jalan Perak-Jalan Pinang

  • Persimpangan Jalan Stonor-Jalan Kia Peng

  • Persimpangan Jalan Stonor-Persiaran KLCC

6. Tarikh: 28 Mei (8 pagi)

  • Lebuh KLIA

  • Lebuhraya ELITE (KLIA -Putrajaya)

  • Lebuhraya NKVE (Subang–Jalan Duta)

  • Lebuhraya GUTHRIE

  • Lebuhraya PLUS (Sg Buloh-Jalan Duta)

  • Lebuhraya MEX

  • Lebuhraya KL-Seremban (Sg Besi- Pusat Bandar)

  • Lingkaran Putrajaya

  • Jalan Istana

  • Jalan Damansara

  • Jalan Tun Razak

  • Jalan Ampang

  • Jalan Sultan Ismail

  • Jalan Bukit Bintang

  • Jalan Imbi

  • Jalan Parlimen

  • Jalan Kuching

Mohd Yusri berkata penutupan akan dilakukan secara berkala, dengan setiap penutupan akan dilakukan dalam tempoh 30 minit bagi membolehkan konvoi atau motoked peserta dan tetamu persidangan dari setiap negara tiba ke destinasi.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak meletakkan kenderaan sesuka hati di sepanjang jalan yang akan terlibat dalam penutupan bagi memastikan kelancaran trafik.

“Tindakan penguatkuasaan terhadap kenderaan yang diletakkan di sepanjang jalan yang ditutup akan dilakukan, termasuk menundanya ke tempat selamat,” katanya.

Selain itu, beliau berkata kenderaan perdagangan dan kenderaan berat juga tidak dibenarkan memasuki pusat bandar dari 6.30 pagi hingga 7.30 pagi dan 4.30 petang bermula hari ini hingga 28 Mei.

BACA: Toyota Alphard Ustaz Firdaus Firabib Berjaya Dijumpai

Sumber: BERNAMA