Siakap Keli
anggota atm fasih rusia
Kredit: budak berlengas

Fasih Bahasa Rusia, Anggota ATM Santai Borak Dengan Juruterbang Russian Knight

Fasih Bahasa Rusia, Anggota ATM Santai Borak Dengan Juruterbang Russian Knight

Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition atau Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) merupakan acara yang tidak asing bagi kita. Diadakan setiap dua tahun sekali, LIMA 2025 kini berlangsung dengan pertunjukan udara yang begitu luar biasa.

Bermula 20 Mei bagi tahun ini, pelbagai pertunjukan udara dipersembahkan oleh anggota tentera dari serata dunia. Bagi acara kali ke-17, pameran ini mengambil tempat di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) dan Resorts World Langkawi.

Tidak hanya pertunjukan udara, para pengunjung ini turut berpeluang menyaksikan pelbagai persembahan dan pameran lain. Antara yang menjadi tumpuan termasuk segmen angkasa, pelayaran dan inovasi dalam pertahanan.

BACA: Aksi Udara TUDM Gamatkan Pembukaan Rasmi Lima’25 Hari Ini

Kebolehan berbahasa asing luar biasa anggota ATM

Di tengah-tengah kesibukan para anggota tentera membuat persiapan bagi pertunjukan LIMA 2025, tular satu rakaman yang menarik perhatian warga maya.

Rakaman tular di laman TikTok yang dikongsi oleh akaun Budak Berlengas itu menunjukkan salah seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang berbual bersama seorang juruterbang pertunjukan udara Tentera Udara Rusia, Russian Knights.

Apa yang mengejutkan, mereka tidak berbual menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara. Sebaliknya, kedua-dua anggota tentera ini berbual menggunakan Bahasa Rusia.

Anggota ATM tersebut begitu fasih dan tampil yakin bertutur sehingga membuatkan anggota tentera berwarga Rusia itu tersenyum lebar.

@belengas368

RESPECT!!! askar malaysia bercakap dengan pilot russian knight dalam bahasa russian dengan fasih…. #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #fypage #lima2025langkawi #russian #russianknights #LIMA25

♬ original sound – budak berlengas – budak berlengas

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memuji kebolehan anggota tentera berkenaan. Malah, ada juga yang mengenali beliau. Dikenali sebagai Mejar Dr Khatijah, beliau merupakan seorang doktor perubatan penerbangan yang bertugas dalam ATM.

“Dr Katy, doktor perubatan penerbangan,” kata seorang warga maya.

“Dr Khatijah bekas Malbatt 850-3,” maklum seorang lagi.

“Mejar Dr Khatijah memang baik, lembut dan tegas orangnya,” perkenal warga maya yang lain.

Sumber: budak berlengas

BACA: LIMA’25: TLDM Siasat Insiden Bot Hilang Kawalan Semasa Raptai Demonstrasi Segmen Maritim

BACA: LIMA’25: Kementerian Pertahanan Teliti Dakwaan Kerosakan Rumah Penduduk

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.