Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
tunku mahkota ismail
Kredit: Bernama

Tunku Mahkota Ismail Nasihat Semua Pihak Beri Sokongan Positif Kepada Pasukan Kebangsaan

Sofea

Tunku Mahkota Ismail Nasihat Semua Pihak Beri Sokongan Positif Kepada Pasukan Kebangsaan

JOHOR BAHRU, 19 Mei (Bernama) — Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim bertitah menasihati semua pihak agar memberikan sokongan yang positif dan membangun kepada pasukan bola sepak kebangsaan.

Tunku Mahkota Ismail yang juga Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bertitah usaha bagi pembangunan skuad Harimau Malaya memerlukan masa dan ruang untuk membantu pasukan mencapai kejayaan.

Baginda bertitah usaha itu termasuk menggunakan khidmat dan pengalaman jurulatih tempatan serta luar negara seperti yang diterapkan di dalam pasukan kebangsaan ketika ini.

“Watak-watak (jurulatih tempatan) yang ada pengalaman ke arah bola sepak Malaysia (ketika ini) berkongsi (pengalaman) dengan kepakaran asing. Maknanya, gabungan idea dan pengetahuan.

“Jadi, itu yang tengah berlaku sekarang ini. Bagi saya, kalau kita betul-betul minat bola sepak tanah air, kalau betul-betul hendak tengok benda ini berkembang dan ada kemajuan, kita harus memberi masa, sokongan dan ruang untuk mereka menjalankan tugas-tugas mereka,” titah baginda ketika ditemui pemberita di sebuah hotel di sini hari ini.

Tunku Mahkota Ismail bertitah demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan legenda bola sepak kebangsaan Datuk Santokh Singh yang dipetik mendakwa revolusi Harimau Malaya bagaikan tiada identiti dengan mempersoalkan peranan jurulatih tempatan serta kebergantungan terhadap pemain naturalisasi dan warisan sehingga mengetepikan bakat tempatan.

Baginda bertitah penggunaan pemain naturalisasi dan warisan tidak seharusnya menjadi isu kerana dedikasi dan kemampuan beraksi kepada pasukan adalah perkara penting yang perlu diambil kira.

“Jadi bagi saya, kalau tanya saya sendiri, pada pandangan peribadi saya, saya tidak kisah dia datang dari mana, apa warna kulit, asalkan dia ada darah dan kaitan dengan Malaysia dan dia berikan sepenuhnya kepada pasukan (itu yang penting),” titah baginda.

Baginda pada masa sama bertitah terdapat gerakan oleh pihak tertentu yang ingin menyasarkan baginda dengan memainkan sentimen dan naratif mengaitkan pasukan kebangsaan.

“Saya rasa kalau kita boleh tengok kira-kira sebulan lebih ini, memang jelas ada gerakan-gerakan yang tidak hendak tengok benda ini (usaha memantapkan pasukan kebangsaan berjaya) dan sasaran utama adalah saya.

“Jadi untuk menyerang saya terus tidak boleh, pihak-pihak tertentu terpaksa menyerang JDT, liga, terpaksa main naratif dan sentimen pasukan kebangsaan, sebenarnya ialah saya (sasarannya),” titah baginda.

BACA JUGA: Sentuhan Magis Herry Bantu Aaron-Wooi Yik Juara Terbuka Thailand

Justeru, Tunku Mahkota Ismail bertitah akan meneruskan segala usaha yang telah dilakukannya dalam arena sukan, sekali gus menasihati semua pihak agar tidak menyalahkan badan induk seperti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan JDT berhubung isu penarikan beberapa pasukan pada saingan Liga Super musim hadapan.

“Setiap negeri ada pemimpin dan watak penting yang boleh memberi sumbangan atau pelan, perancangan macam mana hendak meningkatkan kelab masing-masing, (tetapi) apa mereka buat selama ini?

“Saya akan sentiasa bekerja dan meneruskan apa yang dibuat iaitu untuk meningkatkan JDT dan lebih fokus kepada kemajuan. Saya akan ada di sini untuk JDT dan sokong apa yang boleh untuk pasukan kebangsaan,” titah baginda.

Sumber: BERNAMA