Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Umat Islam Diseru Laksana Solat Hajat, Qunut Nazilah Tanda Solidariti Terhadap Palestin

Solat Hajat Qunut Nazilah palestin
Gambar: Bernama

Umat Islam Diseru Laksana Solat Hajat, Qunut Nazilah Tanda Solidariti Terhadap Palestin

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) — Seluruh umat Islam di negara ini diseru menzahirkan solidariti dan keprihatinan terhadap penderitaan rakyat Palestin dengan melaksanakan solat Hajat dan Qunut Nazilah di seluruh masjid dan surau di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata seruan itu susulan situasi kini yang kritikal apabila Israel menggandakan serangan dan tekanan ke atas bumi Gaza yang telah lama dizalimi.

“Sebagai umat Islam yang prihatin dan bersaudara, marilah kita bersatu hati memohon pertolongan Allah SWT agar melindungi saudara-saudara kita di sana daripada sebarang bentuk kezaliman dan kemusnahan.

“Saya turut menyeru semua para imam masjid dan surau JAKIM serta JAWI untuk memimpin bacaan Qunut Nazilah dalam solat berjemaah, terutamanya pada solat Subuh, Maghrib dan Isyak, di samping membanyakkan doa-doa khusus untuk keselamatan rakyat Palestin serta pembebasan bumi Al-Quds,” katanya dalam hantaran di Facebooknya hari ini.

Sumber: Bernama

BACA: Kes COVID-19 Di Thailand Berganda, Bangkok Catat Lebih 6,000 Jangkitan

BACA: Aksi Udara TUDM Gamatkan Pembukaan Rasmi Lima’25 Hari Ini